MAKLUMAN
Blog ini sedang dibangunkan dan memerlukan masa untuk disusun. InsyaALLAH blog ini akan di soft-launch pada hari Jumaat 26hb November 2010. Objektif Blog ini adalah:-
1. Sebagai satu platform bagi menghubungkan MAsjid AL-Munawwarah dengan ahli kariah khususnya dan masyarakat amnya.
2. Menyediakan santapan ruhiah dan intelek dengan pengisian dalam bentuk penulisan aspek tazkirah, nota kuliah harian/mingguan masjid, zikir-zikir yang bersesuaian dan tip-tip berguna.
3. Sebagai wadah komunikasi program MAsjid dan perkembangan terkini aktiviti masjid.
4. Menyediakan medan diskusi berkaitan isu-isu semasa yang bakal memberi manfaat kepada kariah dan masyarakat.
5. Menyediakan link-link berguna bagi tujuan pembangunan masyarakat.
Kami mengalu-alukan cadangan membina dari tuan/puan. Sila salurkan cadangan ke email efarduain@gmail.com
Terima kasih.
Pengurusan Masjid
12 Zulhijjah 1431H/ 20 Nov 2010
Tuesday, February 8, 2011
Makluman Fasa ke2 dan Implementasi Mashaf Madinah
Assalamualaikum tuan/puan ahli kariah sekelian,
Alhamdulilah kita akan melangkah ke fasa seterusnya di dalam program dakwah dan kemasyarakatan bagi kariah Munawwarah. Bagi fasa ke 2 ini, Dr Ridzwan Bakar akan memberi tazkirah dan memberi penerangan kepada jamaah dan ahli kariah mengenai Bulan Al-Qur'an dan implementasi Mashaf Madinah An-Nabawiah.
Tarikh: 10 Feb 2011/ 7 Rabiulawal 1432H (Khamis)
Masa : 7.30mlm-9.15mlm
Tempat: Dewan Utama Solat Masjid
Tuan-puan dijemput hadir. Sila war-warkan kepada ahli kariah dan penduduk sekitar.
Friday, January 14, 2011
TAFSIR SURAH YUSUF (AYAT 69-70)
Sebenarnya kuliah tafsir surah Yusuf telah lama bermula. Ceramah ini merupakan
http://saifulislam.com/?p=9103
TAHNIAH KEPADA PENTADBIR NEGERI INI
Menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, kerajaan negeri telah melangkaui paras defisit bagi tahun 2011 walaupun tahun 2010 belum berakhir.
“Menjadi sejarah di Kedah apabila kita (kerajaan) telah berjaya mengumpul semua wang yang ada bagi melepasi defisit RM19 juta bagi tahun 2011, belum pun habis tahun 2010, kita lihat pada akaun, kita dah tak ada defisit, malah kita ada lebihan wang.
“Ini juga adalah hasil daripada hasil usaha kerajaan negeri yang mengawal ketat pengaliran wang keluar, belanja berhemah dan hasil cukai pendapatan.
“Awal tahun saja kita telah melangkaui defisit, jadi apa yang dirancangkan dalam Bajet 2011 dapat kita laksanakan, jika kerajaan persekutuan tak bagi pun kita boleh buat,” jelas beliau pada media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco.
Ini membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mampu memerintah bagi menyangkal dakwaan sesetengah yang mengatakan PR tidak mampu untuk mentadbir.
“Saya bagi contoh macam Skim Kafalah yang kita buat, jika pentadbiran dulu tak boleh bagi, tapi pentadbiran sekarang boleh bagi,” ujar beliau.
______________________________________________________________________________________________________
Artikal ini bukan bermakna masjid ini cenderung kepada parti politik tertentu. Cuma kami rasa teruja dengan pencapaian sedemikian. Mesaj utama yang hendak disampaikan ialah supaya semua negeri negeri lain mengambil contoh supaya rakyat marhaen dapat merasa faedahnya. Pihak masjid sedang menunggu berita sedemikian dari negeri-negeri lain contohnya Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Trengganu, Perak dan Perlis. Sebaik sahaja mendapat berita tersebut insyaallah MASJID AL-MUNAWWARAH akan menjadi masjid pertama menghebahkan kepada seluruh ahli kariah.
MARILAH KITA TINGGATKAN TAQWA, HANYA ORANG YANG BERTAQWA SAHAJ YANG DIPANDANG TINGGI OLEH ALLAH S.W.T.
MAKSUD SEBENAR TUTUP AURAT
( Bilangan 301 Bahagian Pertama )
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
Menutup aurat merupakan kewajipan agama yang sudahpun diketahui umum umat Islam. Tuntutan menutup aurat itu sabit berdasarkan dalil-dalil daripada al-Qur'an, hadits dan kesepakatan para ulama. Akan tetapi ramai umat Islam yang mengabaikan dan bersifat acuh tak acuh akan tuntutan dan kewajipan menutup aurat ini, baik lelaki mahupun perempuan.
Apa yang menyedihkan ialah cara atau tren berpakaian segolongan individu, khususnya perempuan, tidak menepati dengan apa yang digariskan oleh syara‘. Pakaian yang mereka pakai bukan untuk menutup aurat, sebaliknya hanya menampal sebagai perhiasan semata-mata agar dipandang cantik dan bergaya.
Lebih mengecewakan lagi, anggapan sesetengah individu itu bahawa memadai apabila dia memakai tudung sahaja, maka sudah bermakna dia menutup aurat. Sedangkan pakaian yang dipakai nyata masih tidak menepati tuntutan menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki oleh syara‘, seperti memakai seluar yang ketat atau pakaian pendek, nipis (jarang) dan kain berbelah, sama ada mereka sedari ataupun tidak bahawa pakaian yang mereka pakai itu adalah mengghairahkan. Bahkan cara bertudung pun masih
menampakkan anggota aurat yang wajib ditutup atau disembunyikan.
Ada pula yang memakai pakaian yang lengkap menutup aurat pada waktu-waktu tertentu sahaja, seperti ketika menghadiri majlis-majlis keagamaan dan kedukaan seperti kematian, tetapi tidak pada waktu-waktu lain.
Sikap sebahagian wanita-wanita muslimah seumpama ini menunjukkan bahawa mereka belum memahami maksud sebenar menutup aurat itu dan bagaimana cara melaksanakannya
sebagaimana yang dituntut oleh syara‘.
Tuntutan Menutup Aurat Adalah Perintah Allah Subhanahu Wa Ta‘ala
Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah mewajibkan lelaki mahupun perempuan untuk menutup aurat mereka dan menggariskan caracara menutup aurat itu. Tuntutan menutup aurat ini adalah perintah Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Memakai pakaian yang menutup aurat sebagaimana yang digariskan oleh syara‘ bererti mentaati perintahNya. Bilamana menutup aurat merupakan suatu ketaatan, maka memakai pakaian yang mendedahkan aurat pula merupakan suatu kederhakaan.
Tuntutan menutup aurat ini tidak boleh dipandang ringan. Ancaman dan balasan Allah Subhanahu wa Ta‘ala terhadap mereka yang tidak melaksanakan atau tidak memperdulikan
tuntutan menutup aurat itu adalah sangat keras. Antara akibat melanggar tuntutan ini ialah laknat Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Mereka yang melakukan penderhakaan terhadap perintahNya itu tidak akan masuk syurga, bahkan bau syurga pun tidak dapat dihidu oleh mereka, sebagaimana yang ditegaskan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku (Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam) melihatnya, iaitu; kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka (sebenarnya) bertelanjang (pakaian tiada menutup aurat kepala dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama), yang berjalan melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Mereka tidak boleh masuk syurga, bahkan tidak boleh menghidu baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh).” (Hadits riwayat Muslim)
Oleh itu, kita hendaklah mengenakan pakaian untuk menutup aurat sebagaimana yang disuruh syara‘ kerana mentaati perintah Allah Subhanahu wa Ta‘ala, bukannya kerana tuntutan fesyen semasa atau kesesuaian tempat dan keadaan.
Menutup Aurat Nikmat Anugerah Allah Subhanahu Wa Ta‘ala
Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menurunkan bahan-bahan pakaian di muka bumi dan memberikan manusia keupayaan menghasilkan pakaian sebagaimana yang ditegaskan melalui
firmanNya:
Tafsirnya: “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup ‘aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)”. (Surah al-A‘raaf: ayat 26)
Ayat ini menjelaskan bahawa bahan pakaian yang telah diberikan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepada hamba-hambaNya itu sebagai tanda-tanda limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya untuk menutup aurat mereka. Maka mereka yang mengabaikan kewajipan ini dengan mendedahkan aurat mereka adalah orang-orang yang tidak bersyukur dan tidak menghargai nikmat tersebut.
Banyak kebaikan dan faedah yang boleh didapat daripada kewajipan menutup aurat ini. Islam tidak mensyariatkan sesuatu melainkan untuk kebaikan dan kemaslahatan manusia itu sendiri.
Tuntutan menutup aurat ke atas wanita adalah untuk kebaikan bagi diri kaum wanita juga.
Di antara rahsia atau faedah menutup aurat yang khusus bagi wanita sepertimana yang dijelaskan dalam al-Qur'an ialah untuk mereka dikenal sebagai perempuan yang baik-baik dan dengan berpakaian sedemikian, maka mereka tidak akan diganggu. Secara tidak langsung pakaian yang menutup aurat dan sopan merupakan antara cara untuk menghindari fitnah, pandangan yang jahat atau berlakunya perkara yang buruk, umpamanya kes rogol.
Oleh itu, kewajipan menutup aurat juga merupakan satu nikmat yang wajib disyukuri, iaitu dengan cara melaksanakan kewajipan ini.
Bagaimana Cara Menutup Aurat Yang Dituntut Syara‘?
Sebelum dijelaskan cara menutup aurat bagi wanita sebagaimana yang dituntut oleh syara‘, perlu disebut terlebih dahulu bagaimana aurat wanita itu di hadapan lelaki bukan mahramnya. Secara sepintas lalu, bagaimana aurat perempuan dalam sembahyang, maka itulah juga auratnya di luar sembahyang. Apa yang boleh nampak di hadapan orang-orang yang bukan mahramnya hanyalah kedua tapak tangan dan muka sahaja, manakala keseluruhan anggota badan yang lain merupakan aurat yang wajib ditutup.
Cara berpakaian bagi perempuan yang sempurna menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki syara‘ itu dirujuk kepada firman Allah Ta‘ala:
Tafsirnya:
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab: 59)
Dalam ayat di atas telah jelas menyatakan bahawa pakaian yang dipakai ketika keluar itu hendaklah dalam keadaan labuh dan menutup seluruh tubuh pemakainya. Terdapat juga beberapa hadits yang menyebut tentang ciri-ciri pakaian yang dikehendaki oleh syara‘, umpamanya hadits yang diriwayatkan oleh ‘A’isyah Radhiallahu ‘anha:
َ
Maksudnya:
“Bahawa Asma’ binti Abu Bakar telah berkunjung kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan memakai pakaian yang nipis. Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam berpaling daripadanya. Baginda bersabda: “Wahai Asma’, sesungguhnya orang perempuan apabila sampai umur haidh (umur baligh), tidak boleh dilihat padanya kecuali ini… dan ini... (sambil) Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menunjukkan muka dan kedua-dua tapak tangan Baginda.” (Hadits riwayat Abu Daud)
Berdasarkan kepada dua dalil di atas, maka dijelaskan bahawa ciri-ciri pakaian menutup aurat yang dituntut oleh syara‘ bagi wanita itu adalah seperti berikut:
1. Pakaian yang longgar. Bukan pakaian sempit yang menampakkan susuk atau bentuk tubuh badan.
2. Pakaian yang labuh yang menutupi keseluruhan anggota aurat. Bukan pakaian yang pendek, singkat atau terbelah yang mendedahkan perut, dada, leher, tangan, kaki dan punggung.
3. Pakaian yang menutup warna kulit anggota aurat dari kelihatan. Bukan pakaian yang nipis atau jarang yang menampakkan warna kulit dan bayang-bayang tubuh dari luar.
bersambung...............................
2 BOM PALING KEJAM CIPTAAN ZIONIS AMERIKA
Posted on Friday, January 14 @ 07:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: zharifjenn
"
YAHUDI ADALAH MUSUH UMMAH, BINATANG DAN ALAM. ALLAH MELAKNAT MEREKA SEHINGGA HARI KIAMAT. SIAPA KITA SEHINGGA SANGGUP MELAWAN KETETAPAN ILAHI UNTUK MENGAMBIL MEREKA SEBAGAI PENASIHAT. FIKIR-FIKIRKAN
BANTULAH ADIK HAIRUMAN
Posted on Friday, January 14 @ 04:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: papabran
"Salam sejahtera, Di sini Kami ingin berkongsi penderitaan adik hairuman dengan anda semua.Untuk makluman anda adik hairuman merupakan anak yatim piatu.Dia sudah kehilangan ibu bapanya sejak beliau berumur 5 tahun lagi .Hairuman merupakan anak keempat daripa 6 adik beradik dan dua orang kakaknya adalah golongan OKU.
Kini hanya kakak hairuman yg bertungkus lumus menyara keluarga dengan pendapatan tidak seberaapa iatu dengan menolong suaminya menjual air buah.Sebelum ini Hairuman cuba membantu meringankan beban keluarganya dengan melakukan dua pekerjaan iaitu bekerja di kilang dan pemungut kelapa sawit. Malang menimpa keluarga ini apabila Hairuman ditimpa kemalangan semasa mwmungut kelapa sawit. adik hairuman terkena kejutan elektrik akibat daripada kabel elektrik yg berkuasa tinggi yg tba2 terjatuh dan menimpa adik hairuman.Badan adik hairuman 50 peratus melecur dan memerlukan kos yang amat tinggi untuk menampung kos perubatan.Keluarga Adik Hairuman cuba meminta bantuan daripada badan2 yang berkenaan untuk membantu keluarganya dan dirinya tetapi sampai sekarang tidak mendapat sebarang jawapan...Di sini kami merayu kepada tuan/puan supaya menolong adik hairuman..walaupun rm1 seorang sudah memadai meringankan beban adik hairuman.Marilah sama-sama kita membantu adik hairuman setakat terdaya.Disini saya sertakan bukti mengenai adik hairuman.
"
KEKUASAAN ALLAH DI GAZA
Posted on Friday, January 14 @ 02:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: blalang
"
http://tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=6553