MAKLUMAN
Blog ini sedang dibangunkan dan memerlukan masa untuk disusun. InsyaALLAH blog ini akan di soft-launch pada hari Jumaat 26hb November 2010. Objektif Blog ini adalah:-
1. Sebagai satu platform bagi menghubungkan MAsjid AL-Munawwarah dengan ahli kariah khususnya dan masyarakat amnya.
2. Menyediakan santapan ruhiah dan intelek dengan pengisian dalam bentuk penulisan aspek tazkirah, nota kuliah harian/mingguan masjid, zikir-zikir yang bersesuaian dan tip-tip berguna.
3. Sebagai wadah komunikasi program MAsjid dan perkembangan terkini aktiviti masjid.
4. Menyediakan medan diskusi berkaitan isu-isu semasa yang bakal memberi manfaat kepada kariah dan masyarakat.
5. Menyediakan link-link berguna bagi tujuan pembangunan masyarakat.
Kami mengalu-alukan cadangan membina dari tuan/puan. Sila salurkan cadangan ke email efarduain@gmail.com
Terima kasih.
Pengurusan Masjid
12 Zulhijjah 1431H/ 20 Nov 2010
Monday, December 27, 2010
MENJAWAB SEGALA PERSOALAN TENTANG SOLAT
Ahli jemaah sekalian, kita masih lagi berada di dalam 'zone SOLAT BERKUALITI' sehingga penghujung bulan SHAFAR 1432H. Pada musim solat berkualiti ini, kita sedang dan akan menyusun kuliah-kuliah khas yang menyingkap tentang taharah(wudu'), solat sebagaimana Nabi solat, dan insyaallah apa jua perkara yang berkaitan dengan solat.
Pada 23 Muharram 1432H( 29 Desember 2010) iaitu hari Rabu malam khamis yang akan datang kita telah menjemput yang berbahagia Ust Nazri Md Isa untuk menjawab segala persoalan tentang solat.
Dalam hubungan ini, kami menyeru kepada seluruh ahli jemaah sekiranya tuan/puan ada apa jua persoalan tentang solat, anda bolih majukan soalan-soalan tersebut kepada AJK Dakwah secara:
a. Secara SMS ke talian 013-2229957
b. Secara email ke alamat email: efarduain@gmail.com.; atau
c. Secara bertulis. Anda bolih serahkan segala pertanyaan secara bertulis kepada mana-mana pegawai masjid.
Bagi memudahkan kami menyelaraskan soalan-soalan tersebut, tarikh akhir untuk tuan/puan majukan soalan-soalan tersebut ialah pada Hari Rabu , 23 Muharram 1432H sebelum solat Asar. Walaubagaimanapun tuan/puan bolih juga mengajukan terus kepada Ust yang berkenaan semasa kuliah tersebut.
Insyaallah pada bulan Safar nanti akan disusun 2 kuliah mengenai FIQH JUMAAT. Kuliah ini akan mengungkap amalan-amalan yang sesuai dan sunnah diamalkan pada hari Jumaat. Juga perkara yang berkaitan dengan solat-solat samada solat Jumaat mahupun solat-solat sunat pada hari jumaat akan dikupas. Tuan/puan juga sudah pasti ingin tahu apakah amalan-amalan sunnah yang harus dilakukan pada hari Jumaat.
Jadi, sentiasalah bersama dengan program-program masjid yang kita rangka hampir setiap hari. Mudah2an Allah permudahkan urusan harian kita. Rahmat Nya jua kita pohonkan.
Wallah-u'alam
Friday, December 24, 2010
Hijrah Saad Ibn Waqas
Tatkala ibu Saad melihat Saad bersungguh-sungguh dengan ucapannya, dia pun mengalah. Lalu dia menghentikan mogok makan sekalipun dengan perasaan terpaksa.
Wednesday, December 22, 2010
WAKAF BUKU
Syukur kepada Allah program wakaf buku-buku kuliah yang pihak masjid lancarkan telah mendapat sambutan yang cukup baik dari ahli jemaah sekelian. Kami ucapkan syabas diiring dengan ucapan ribuan terima kasih. Sebenarnya telah lama kami rancang untuk berbuat demikian, namun atas faktor masa ianya terpaksa di kemudiankan. Namun ada ketikanya pada mutakakhir ini, ada pulak berapa orang ustaz memperli kita antaranya....1)...."nampaknya semua jemaah yang hadir kuliah pandai-pandai belaka...yang tak pandai saya sorang....sebab saya berpandukan buku..." 2)......"sampai bilakah asyik-asyik saya membaca mukaddimah buku ini sahaja....nak masuk topik lain..nampaknya hanya ustaz sahaja yang ada buku.....", Ustaz-ustaz kita ni peka ada yang terlalu peka, segala gerak geri kita semasa kuliahnya beliau nampak. Ada antara kita yang mengelamun, tidur pun ada..tapi jika ada kitab didepan mata dan sama-sama kita merujuk maka dapat jugak kita bagi konsentrasi. Jika ada mana-mana ayat/sebutan ustaz yang tidak jelas maka sudah tentu kitab didepan mata itu dapat membantu.
Syukur, kini kita telah berada selangkah di hadapan. Alhamdulillah kita telah berjaya mengumpul banyak kitab-kitab wakaf untuk rujukkan ahli jemaah yang hadir kuliah. Pada yang mewakaf mahupun kepada sesiapa yang mereka niatkan pahala wakaf itu, muga-muga pahala wakaf tersebut akan sentiasa mengalir selama mana buku itu digunakan dan yang lebih penting selama mana ilmu yang dapat dimenafaatkan hasil dari rujukkan pada buku-buku itu.
Kami juga memohon izin dari tuan/puan yang telah mewakafkan buku-buku tersebut, sekiranya apabila buku itu telah tamat digunakan dimasjid ini, bagi memastikan ada kesinambungan kegunaanya, maka izinkan kami memanjangkan wakaf itu kepada masjid-masjid, surau-surau, madarasah-madrasah dsb. Sekiranya guru yang memimpin pengajian dengan kitab itu ingin menggunakan kitab itu ditempat lain, maka rasanya lebih afdal kita serah kan kepada beliau buku-buku itu supaya jemaah ditempat itu bolih menggunakannya.
Ingin dimaklumkan, pihak masjid membuat program wakaf ini hanya dengan niat untuk menyediakan wadah bagi seluruh umat Islam dalam kariah kita untuk membuat pahala. Dalam masa yang sama kita dapat melengkapkan masjid kita dengan kitab-kitab rujukkan ilmu farduain untuk dimanafaatkan oleh seluruh umat Islam yang berkunjung di masjid kita.
Harga buku-buku tersebut insyaallah semuanya harga diskaun yang pada tahap yang sukar untuk anda mendapatkannya dimana-mana. Pihak masjid tidak mendapat untung walau satu sen pun. Cuma apa yang kami harapkan ialah tuan/puan harus merebut peluang untuk membuat pahala sebegini. Seterusnya jangan lupa, gunakan buku-buku tersebut semasa kuliah. Dengan usaha itu diharapkan ustaz-ustaz kita akan lebih bersemangat untuk hadir menyampaikan kuliah dimasjid kita dimasa-masa yang akan datang.
Kita telah bercakap tentang buku rujukkan yang kini telah banyak ada dimasjid kita secara wakaf......rasanya ada lagi yang kurang iaitu buku-buku nota kuliah. Pada pandangan saya terutama pada diri saya sendiri, kalau setakat datang kuliah hanya sebagai menjadi halwa telinga tanpa mencatat apa-apa nota dari kuliah itu....tak sempat sampai rumah yang tinggal dalam kepala cuma tinggal 10% sahaja. Anda setuju? kalau setuju..insyaallah kami akan cuba usahakan bagi mendapatkan pencetak untuk menerbitkan buku nota kuliah-cum-diari. Doakan lah muga-muga ianya berhasil.
Akhir kalam, jika tuan/puan ada apa-apa untuk dikongsi/komen sila majukan komen anda. Jadikanlah laman blog masjid kita ini sesuatu yang vibrant.
Wallah-u-alam.
Pappa Rich - Dari Lapuran JAIS
Kalau di-tempat kita peniaga-peniaga restoran dan gerai-gerai membeli ayam berkilo-kilo beratnya di Pasaraya SSW dan HERO. Apabila saya amati secara dekat pada sijil halal JAKIM ternyata syarikat pembekal adalah sebuah syarikat milik bangsa cina. Walaupun ada mendapat Sijil Halal JAKIM, persoalannya apakah pihak penguatkuasa JAKIM bolih memantau 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan dan 365hari setahun. Makna kata kalau mereka ingin mencampur atau menyediakan ayam yang tidak sah cara sembelihannya....siapalah yang tahu. Apa yang pasti, hanya orang yang beriman sahaja yang takutkan ALLAH. Kita tahu akan adanya hari pembalasan, adanya timbangan amal dan akan ada syurga dan neraka. Kita juga harus maklum bahwa setiap yang halal itu jelas, yang haram juga jelas antara kedua-duanya adalah samar-samar maka harus lah kita elakkan. Kita juga harus ingat bahawa daging yang tumbuh dari makanan yang haram tidak lain melainkan ianya akan dibakar oleh api neraka.
Oleh itu, carilah daging dan ayam sembelihan yang diketahui diurus dan dimiliki secara nyata oleh orang Islam. Selamat di dunia insyaallah selamat juga kita di akhirat.
________________________________Amati Artikal berikut_______________________________
Dari E-mail teman....rasanya tuan SongkokPutih ada post artikel ni...Tapi takper lah, dipostkan sekali lagi & dieditkan sedikit supaya kita sentiasa beringat...
Kuala Lumpur, 21 Julai 2010, (Jam 1.00 pagi):
Seramai 16 orang kakitangan JAWI, JAIS, Kementerian Pengguna, JAKIM dan PUM (aktivis LANDAS) telah membuat Operasi HALAL HUB di rumah-rumah/ premis penyembelihan Halal sekitar Wilayah Persekutuan K.L. Antara lokasi yang kami pergi ialah kawasan Beringin Jinjang, Bandar Sri Damansara dan berakhir sekitar jam 4 pagi.
Pegawai JAKIM sedang memberi taklimat sebelum kami berangkat ke lokasi jam 1.00 pgi.
Lokasi pertama kami di Bandar Sri Damansara (KL Supreme Processing Sdn Bhd.)
Dalam suasana yang dingin (dalam bilik sejuk) kami menjelajahi dari tempat ke suatu tempat, segenap penjuru di premis tersebut. Segala dokumen dan operasi sembelihan kami teliti bagi menentukan ayam-ayam yang di pasarkan HALAL untuk dimakan oleh umat Islam sekitar KL dan Se lan gor.
Kami cek setiap ayam disembelih mengikut syara’ atau tidak. Urat yang wajib diputuskan ialah Urat Halkum dan Urat Marikh’, sementara urat darah kiri kana leher adalah sunat (hadis Nabi saw).
Keratan 4 urat pada leher ayam perlu diputuskan
Yang menjadi tandatanya tanpa nuqtah kepada kami, mana-mana operasi di rumah-rumah sembelihan ada sahaja yang tak kena walau pun penyembelihnya ada tauliah. Kebanyakan Tokeh adalah orang Cina dan perkerja banyak orang Bangladesh , Indonesia dan orang Kashmir . Hanya segelintir orang Melayu. Maka banyaklah penyelewengan berlaku. Adaka lan ya ayam tak sempat mati telah bertindih dan mati sebab bertindih bukan mati kerana sembelihan.
Ada pula ayam yang uratnya tak putus habis, maka jadilah BANGKAI, namun ramai yang orang tak prihatin di mana mereka beli ayam, maka mereka makan bangkailah.
Lihat urat marikh’ contoh ayam yang tak putus habis ini:
Ini pulak ayam cucuk, tapi pe lan ggannya restoran Melayu dan pembuat sate;
Ayam ini kami dapat kat Beringin Jinjang (premis sembelih Kim Foog Trading) pagi tadi. Kat belakang premis ini tempat sembelih Babipulak. Kami sedang pantau satu kes sebelah dalam berhampiran premis ini ada satu lagi premis sembelih ayam, tapi ayam tak sembelihpun mereka campur untuk dipasarkan kepada orang Melayu Islam. Kelilingnya tempat sembelih Babi dan sebelahnya mereka tanam sayur togeh, yang kita campur dengan mie atau goring dengan tahu. Tengoklah siapa pe lan ggannya (melalui resit beliannya di bawah).
Di lan ggani oleh Restoran Pappa Rich pada setiap hari bu lan Jun lalu. Inilah tempat orang kita makan. Saya nak pesan kat semua orang Islam di Malaysia dan seluruh dunia, prihatinlah sikit tentang apa yang kita makan terutama ayam. Firman Allah swt;
Quote: |
Al Baqarah 168. Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak lan gkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu. |
Ini pula tempat yang sama, penyembelih Islam dari Indonesia, dia cucuk tengok ayam macam Cina, terus campak ayam yang masih hidup dalam air supaya cepat mati ada yang tak cucuk lan gsug, hidup-hidup dia masukkan dalam air supaya mati cepat dan diprosesnya.
Nampak tak yang putih itu ayam hidup dan itik (hidup2 dibenam dalam tangki ini) Kemudian dia celur dan proses
Bila kami Tanya kenapa buat gitu, katanya Cina (Tokeh) suruh buat dan cepat sikit. Nilah yang kita dok makan hari-hari mungkin. Dia keluarkan (tengkok ayam tiada bekas sembelihpun)
Double standards of the modern world!
Rasulullah (sallAllahu alayhi wasalam) bersabda:
“Islam bermula sebagai sesuatu yang asing
dan akan kembali menjadi asing sebagaimana permulaannya,
jadi berilah khabar gembira kepada orang asing itu!”
(Sahih Muslim, #145)
HARI KEHANCURAN
Gambaran Hari Qiamat
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
sumber: Amar Sufi
CERITA BUDAK PENJUAL KUIH
Assalamualaikum, Saya panjangkan cerita ini yang saya terima daripada seorang rakan untuk direnungi bersama. Kadang-kadang pelajaran dan pengajaran penghidupan itu tidak perlu di menara gading atau di dewan kuliah berhawa dingin, pengajaran dapat diperolehi di kaki lima kedai.... Abaikan mel ini jika tidak berkenaan dengan anda. > > > > > > > > Hari itu selepas seminggu beraya dikampung,saya pulang > ke Kuala Lumpur. > > Memikirkan highway PLUS sibuk,saya menyusuri laluan > lama. Pekan pertama > > yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, > saya singgah > > sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. > Sebaik memesan > > makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih > kurang 12 tahun muncul > > dihadapan. > > > > "Abang nak beli kuih?" katanya sambil > tersenyum. Tangannya segera > > menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih > jajaanya. > > "Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," > jawap saya ringkas. > > Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus > menikmatinya. Lebih kurang > > 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi > menghampiri pelanggan > > lain, > > sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, > dia berlalu begitu > > saja. > > > > "Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" > katanya selamba semasa > > menghampiri meja saya. "Abang baru lepas makan > dik. Masih kenyang lagi > > ni," > > kata saya sambil menepuk-nepuk perut. > > > > Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai > disitu, di > > meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu > ditanya, "Tak nak > > > > beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau > makcik?" > > > > Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak > menghalng dia keluar > > masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil > memerhati, terselit rasa > > kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa > gigihnya dia berusaha. > > Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam > dirinya, sekalipun > > orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. > > > > > > Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus > beredar > > bekereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh > di deretan kedai > > yang > > sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup > pintu. Belum sempat > > > > saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di > tepi kereta. Dia > > menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, > membalas > > senyumannya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 > tahun. > > > > > > "Abang dah kenyang, tapi mungkin Abang perlukan > kuih saya untuk > > adik-adik Abang, ibu atau ayah Abang" katanya > petah sekali sambil > > tersenyum.Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul > dengan menyelak > > daun > > pisang penutupnya. > > > > Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul > persaan kesian > > dihati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan > sekeping not merah > > RM10. Saya hulurkan padanya. > > > > > > "Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang > beli kuih tu," saya > > berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat > mendadak. Kanak-kanak > > itu > > menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima > kasih terus berjalan > > kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat > membantunya. > > > > Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. > Alangkah > > terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu > menghulurkan pula RM10 > > pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta > kedua-dua matanya. > > > > > > Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, > memanggil > > kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih > ke?" tanyanya. > > "Kenapa adik berikan duit Abang tadi pada > pengemis tu? Duit tu Abang > > bagi adik!" kata saya tanpa menjawap > pertanyaannya. > > > > > > "Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah > kalau dia dapat tahu saya > > mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah > kerana Allah > > berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu > saya bawa duit > > sebanyak > > itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti > marah. Kata > > mak,mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih > kuat bang!" > > katanya > > begitu lancar. > > > > > > Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup > kanak-kanak itu. > > Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua > harga kuih dalam > > bakul > > itu. "Abang nak beli semua ke?" dia betanya > dan saya cuma mengangguk. > > Lidah > > saya kelu nak berkata. > > > > "RM25 saja bang." Selepas dia memasukkan > satu persatu kuihnya kedalam > > plastik, sayah ulurkan RM25. Dia mengucapkan terima > kasih dan terus > > berlalu. > > > > > > Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada > pandangan.Dalam perjalanan > > ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya > statusnya. Anak > > yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang > melahirknya? Terus terang > > saya > > katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar > kasihan, tetapi kerana > > rasa > > kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya > satu > > penghormatan. > > > > > > Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. > Dia menyedarkan > > saya, siapa kita sebenarnya! " > > > Hamba Allah All opinions, conclusions and other information in this message that do not relate to the official business of MARDI shall be understood as neither given nor endorsed by MARDI. MARDI does not authorise any of its employees to make any defamatory or seditious statements or commit any offence which is contrary to the laws of Malaysia. Any such communications and/or actions by such employees are outside the scope of employment of the said individuals and MARDI shall not be liable for such communications and/or actions. All opinions, conclusions and other information in this message that do not relate to the official business of MARDI shall be understood as neither given nor endorsed by MARDI. MARDI does not authorise any of its employees to make any defamatory or seditious statements or commit any offence which is contrary to the laws of Malaysia. Any such communications and/or actions by such employees are outside the scope of employment of the said individuals and MARDI shall not be liable for such communications and/or actions. |
Assalamualaikum, Saya panjangkan cerita ini yang saya terima daripada seorang rakan untuk direnungi bersama. Kadang-kadang pelajaran dan pengajaran penghidupan itu tidak perlu di menara gading atau di dewan kuliah berhawa dingin, pengajaran dapat diperolehi di kaki lima kedai.... Abaikan mel ini jika tidak berkenaan dengan anda. > > > > > > > > Hari itu selepas seminggu beraya dikampung,saya pulang > ke Kuala Lumpur. > > Memikirkan highway PLUS sibuk,saya menyusuri laluan > lama. Pekan pertama > > yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, > saya singgah > > sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. > Sebaik memesan > > makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih > kurang 12 tahun muncul > > dihadapan. > > > > "Abang nak beli kuih?" katanya sambil > tersenyum. Tangannya segera > > menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih > jajaanya. > > "Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," > jawap saya ringkas. > > Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus > menikmatinya. Lebih kurang > > 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi > menghampiri pelanggan > > lain, > > sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, > dia berlalu begitu > > saja. > > > > "Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" > katanya selamba semasa > > menghampiri meja saya. "Abang baru lepas makan > dik. Masih kenyang lagi > > ni," > > kata saya sambil menepuk-nepuk perut. > > > > Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai > disitu, di > > meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu > ditanya, "Tak nak > > > > beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau > makcik?" > > > > Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak > menghalng dia keluar > > masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil > memerhati, terselit rasa > > kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa > gigihnya dia berusaha. > > Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam > dirinya, sekalipun > > orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. > > > > > > Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus > beredar > > bekereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh > di deretan kedai > > yang > > sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup > pintu. Belum sempat > > > > saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di > tepi kereta. Dia > > menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, > membalas > > senyumannya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 > tahun. > > > > > > "Abang dah kenyang, tapi mungkin Abang perlukan > kuih saya untuk > > adik-adik Abang, ibu atau ayah Abang" katanya > petah sekali sambil > > tersenyum.Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul > dengan menyelak > > daun > > pisang penutupnya. > > > > Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul > persaan kesian > > dihati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan > sekeping not merah > > RM10. Saya hulurkan padanya. > > > > > > "Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang > beli kuih tu," saya > > berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat > mendadak. Kanak-kanak > > itu > > menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima > kasih terus berjalan > > kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat > membantunya. > > > > Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. > Alangkah > > terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu > menghulurkan pula RM10 > > pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta > kedua-dua matanya. > > > > > > Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, > memanggil > > kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih > ke?" tanyanya. > > "Kenapa adik berikan duit Abang tadi pada > pengemis tu? Duit tu Abang > > bagi adik!" kata saya tanpa menjawap > pertanyaannya. > > > > > > "Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah > kalau dia dapat tahu saya > > mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah > kerana Allah > > berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu > saya bawa duit > > sebanyak > > itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti > marah. Kata > > mak,mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih > kuat bang!" > > katanya > > begitu lancar. > > > > > > Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup > kanak-kanak itu. > > Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua > harga kuih dalam > > bakul > > itu. "Abang nak beli semua ke?" dia betanya > dan saya cuma mengangguk. > > Lidah > > saya kelu nak berkata. > > > > "RM25 saja bang." Selepas dia memasukkan > satu persatu kuihnya kedalam > > plastik, sayah ulurkan RM25. Dia mengucapkan terima > kasih dan terus > > berlalu. > > > > > > Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada > pandangan.Dalam perjalanan > > ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya > statusnya. Anak > > yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang > melahirknya? Terus terang > > saya > > katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar > kasihan, tetapi kerana > > rasa > > kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya > satu > > penghormatan. > > > > > > Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. > Dia menyedarkan > > saya, siapa kita sebenarnya! " > > > Hamba Allah ________________________________________ All opinions, conclusions and other information in this message that do not relate to the official business of MARDI shall be understood as neither given nor endorsed by MARDI. MARDI does not authorise any of its employees to make any defamatory or seditious statements or commit any offence which is contrary to the laws of Malaysia. Any such communications and/or actions by such employees are outside the scope of employment of the said individuals and MARDI shall not be liable for such communications and/or actions. ________________________________________ All opinions, conclusions and other information in this message that do not relate to the official business of MARDI shall be understood as neither given nor endorsed by MARDI. MARDI does not authorise any of its employees to make any defamatory or seditious statements or commit any offence which is contrary to the laws of Malaysia. Any such communications and/or actions by such employees are outside the scope of employment of the said individuals and MARDI shall not be liable for such communications and/or actions.
Saturday, December 18, 2010
Logo Halal Efektif?
Tulisan di atas di petik dari akhbar Berita Harian.
Wednesday, November 24, 2010
AMANAH
***********************************************************************************