MAKLUMAN

Assalamualaikum Pengunjung sekelian,

Blog ini sedang dibangunkan dan memerlukan masa untuk disusun. InsyaALLAH blog ini akan di soft-launch pada hari Jumaat 26hb November 2010. Objektif Blog ini adalah:-

1. Sebagai satu platform bagi menghubungkan MAsjid AL-Munawwarah dengan ahli kariah khususnya dan masyarakat amnya.

2. Menyediakan santapan ruhiah dan intelek dengan pengisian dalam bentuk penulisan aspek tazkirah, nota kuliah harian/mingguan masjid, zikir-zikir yang bersesuaian dan tip-tip berguna.

3. Sebagai wadah komunikasi program MAsjid dan perkembangan terkini aktiviti masjid.

4. Menyediakan medan diskusi berkaitan isu-isu semasa yang bakal memberi manfaat kepada kariah dan masyarakat.

5. Menyediakan link-link berguna bagi tujuan pembangunan masyarakat.

Kami mengalu-alukan cadangan membina dari tuan/puan. Sila salurkan cadangan ke email efarduain@gmail.com

Terima kasih.

Pengurusan Masjid

12 Zulhijjah 1431H/ 20 Nov 2010

Tuesday, February 8, 2011

Makluman Fasa ke2 dan Implementasi Mashaf Madinah


Assalamualaikum tuan/puan ahli kariah sekelian,

Alhamdulilah  kita akan melangkah ke fasa seterusnya di dalam program  dakwah dan kemasyarakatan bagi kariah Munawwarah.  Bagi fasa ke 2 ini,  Dr Ridzwan Bakar  akan memberi tazkirah dan memberi  penerangan kepada jamaah dan ahli kariah mengenai Bulan Al-Qur'an  dan  implementasi Mashaf  Madinah An-Nabawiah.

Tarikh:   10 Feb 2011/ 7 Rabiulawal 1432H  (Khamis)
Masa :    7.30mlm-9.15mlm
Tempat:  Dewan Utama Solat Masjid

Tuan-puan dijemput hadir.  Sila war-warkan kepada ahli kariah dan penduduk sekitar.