MAKLUMAN

Assalamualaikum Pengunjung sekelian,

Blog ini sedang dibangunkan dan memerlukan masa untuk disusun. InsyaALLAH blog ini akan di soft-launch pada hari Jumaat 26hb November 2010. Objektif Blog ini adalah:-

1. Sebagai satu platform bagi menghubungkan MAsjid AL-Munawwarah dengan ahli kariah khususnya dan masyarakat amnya.

2. Menyediakan santapan ruhiah dan intelek dengan pengisian dalam bentuk penulisan aspek tazkirah, nota kuliah harian/mingguan masjid, zikir-zikir yang bersesuaian dan tip-tip berguna.

3. Sebagai wadah komunikasi program MAsjid dan perkembangan terkini aktiviti masjid.

4. Menyediakan medan diskusi berkaitan isu-isu semasa yang bakal memberi manfaat kepada kariah dan masyarakat.

5. Menyediakan link-link berguna bagi tujuan pembangunan masyarakat.

Kami mengalu-alukan cadangan membina dari tuan/puan. Sila salurkan cadangan ke email efarduain@gmail.com

Terima kasih.

Pengurusan Masjid

12 Zulhijjah 1431H/ 20 Nov 2010

Monday, December 27, 2010

MENJAWAB SEGALA PERSOALAN TENTANG SOLAT

As Salam,

Ahli jemaah sekalian, kita masih lagi berada di dalam  'zone SOLAT BERKUALITI' sehingga penghujung bulan SHAFAR 1432H. Pada musim solat berkualiti ini, kita sedang dan akan  menyusun kuliah-kuliah khas yang menyingkap tentang taharah(wudu'), solat sebagaimana Nabi solat, dan insyaallah apa jua perkara yang berkaitan dengan solat.

Pada 23 Muharram 1432H( 29 Desember 2010)  iaitu hari Rabu  malam khamis yang akan datang kita telah menjemput yang berbahagia Ust Nazri Md Isa untuk menjawab segala persoalan tentang solat.

Dalam hubungan ini, kami menyeru kepada seluruh ahli jemaah sekiranya tuan/puan ada apa jua persoalan tentang solat, anda bolih majukan soalan-soalan tersebut kepada AJK Dakwah secara:

a.  Secara SMS ke talian 013-2229957
b.  Secara email ke alamat email: efarduain@gmail.com.; atau
c.  Secara bertulis. Anda bolih serahkan segala pertanyaan secara bertulis kepada mana-mana pegawai masjid.


Bagi memudahkan kami menyelaraskan soalan-soalan tersebut, tarikh akhir untuk tuan/puan majukan soalan-soalan tersebut ialah pada Hari Rabu , 23 Muharram 1432H sebelum solat Asar. Walaubagaimanapun tuan/puan bolih juga mengajukan terus  kepada Ust yang berkenaan semasa kuliah tersebut.

Insyaallah pada bulan Safar nanti akan disusun 2 kuliah mengenai FIQH JUMAAT. Kuliah ini akan mengungkap amalan-amalan yang sesuai dan sunnah diamalkan pada hari Jumaat. Juga perkara yang berkaitan dengan solat-solat samada solat Jumaat mahupun solat-solat sunat pada hari jumaat akan dikupas. Tuan/puan juga sudah pasti ingin tahu apakah amalan-amalan sunnah yang harus dilakukan pada hari Jumaat.

Jadi, sentiasalah bersama dengan program-program masjid yang kita rangka hampir setiap hari. Mudah2an Allah permudahkan urusan harian kita. Rahmat Nya jua kita pohonkan.


Wallah-u'alam

Friday, December 24, 2010

Hijrah Saad Ibn Waqas

Artikel ini adalah sumbangan Dr Ridzwan Bakar dipetik dari blog Haji muda http://ridzwan-bakar.blogspot.com

Guangzhou #3 

Kita sepatutnya bersyukur kepada ALLAH kerana  menerima Islam dengan mudah.  Oleh kerana mudah, tidak ramai kita yang mampu menghargainya.

Hijrah Saad Ibn Waqas seharusnya menjemput isi hati kita untuk menilai betapa tingginya nilai Islam. Kisah Saad Ibn Waqas tidak banyak di bukukan.  Di sekolah, silibus juga tidak mengajar  betapa hebatnya 10 manusia yang dijanjikan Syurga oleh ALLAH.  Hijrah Saad  bukanlah mudah.  Ianya mengundang emosi  betapa sukarnya seseorang untuk berhijrah dan memeluk Islam. Bersandarkan sirah, Saad adalah pakcik kepada Rasululah s.a.w.  dari keturunan sebelah ibu Baginda Aminah dari Bani Zuhrah.  Ada riwayat mengatakan beliau menerima Islam ketika usia 17 tahun dan riwayat lain menyebut usia 20 tahun. Hakikatnya, beliau antara senarai 10 terawal memeluk Islam atas keinginan diri sendiri. 

Kisah hijrah Saad bermula bila beliau bermimpi berjalan di dalam lorong kegelapan. Beliau tidak Nampak arah hendak dituju. Tiba-tiba bulan muncul di celah lorong. Lantas beliau menyusuri cahaya tersebut dan berjumpa dengan sumbar cahaya bulan.  Beliau melihat beberapa orang Quraish berada di situ antaranya Zaid Ibn Harithah, Ali Ibn Talib dan Abu Bakar As-Siddiq. Beliau bertanya “Berapa lama anda semua berada di sini.” Mereka menjawab “Baru sebentar sahaja.”
Keesokkan harinya,  beliau mengetahui bahawa nabi Muhammad s.a.w mengajak kepada Islam dengan cara tersembunyi.  Beliau segera mendapatkan Rasululah s.a.w  selepas Rasul s.a.w  selesai solat Asar.  Beliau terus mengucapkan shahadah di hadapan  tiga insane yang beliau temui semasa mimpi.

Ujian buat  Saad bermula bila mendapat tentangan keras terutama dari ibu, keluarga dan sukunya. Ibunya pula  mengancam untuk membunuh diri. Selama beberapa hari, ibu Saad menolak makan dan minum sehingga kurus dan lemah. Meski dipujuk dan dibawakan makanan, namun ibunya tetap menolak dan hanya bersedia makan jika Saad kembali ke agama lamanya. Namun Saad berkata bahawa biarpun dia memiliki kecintaan yang sangat tinggi  kepada ibunya, namun kecintaannya pada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w jauh lebih besar.

Beliau berkata kepada ibu: “Ibu! Sesungguhnya aku sangat mencintai ibu. Tetapi aku lebih cinta kepada Allah dan Rasul.   Demi Allah! Seandainya ibu memiliki seribu jiwa, lalu jiwa itu keluar dari tubuh ibu satu per satu (untuk memaksaku keluar dari Islam) sungguh aku tidak   akan  meninggalkan agamaku kerananya.”

Tatkala ibu Saad  melihat  Saad  bersungguh-sungguh dengan ucapannya, dia pun mengalah. Lalu dia menghentikan mogok makan sekalipun dengan perasaan terpaksa.

Maha Suci ALLAH….

Jiwa HEBAT Saad Ibn Waqas kemudiannya disokong oleh AL-Qur’an dengan wahyu disampaikan kepada Rasululah s.a.w

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Akulah tempat kembalimu.  Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”                (QS. Luqman : 14-15)

Kisah Hijrah Saad boleh diaplikasikan jika kita mempunyai  prospek  bukan muslim yang mahu  menerima Islam.  Dengan lain perkataan,   memasuki Islam  tidak bererti  ibubapa dipinggir,  adat dan budaya ditinggalkan,  bahasa  ibunda dilupa  dan  ikatan kekeluargaan tercicir.

Islam adalah agama fitrah yang diturunkan untuk sekelian alam.   Kita semaklah diri kita  apakah  sambutan rutin  tahunan  Hijrah  memberi  impak kepada komitmen kita kepada Ad-Din Islam?   Jika YA, ALhamdulilah.  JIka TIDAK,  mengapa jadi begitu..?

Wednesday, December 22, 2010

WAKAF BUKU

Salam akhie/ukhtie...seluruh ahli jemaah masjid al-munawwarah.

Syukur kepada Allah program wakaf buku-buku kuliah yang pihak masjid lancarkan telah mendapat sambutan yang cukup baik dari ahli jemaah sekelian. Kami ucapkan syabas diiring dengan ucapan ribuan terima kasih. Sebenarnya telah lama kami rancang untuk berbuat demikian, namun atas faktor masa ianya terpaksa di kemudiankan. Namun ada ketikanya pada mutakakhir ini, ada pulak berapa orang ustaz memperli kita antaranya....1)...."nampaknya semua jemaah yang hadir kuliah pandai-pandai belaka...yang tak pandai saya sorang....sebab saya berpandukan buku..." 2)......"sampai bilakah asyik-asyik saya membaca mukaddimah buku ini sahaja....nak masuk topik lain..nampaknya hanya ustaz sahaja yang ada buku.....", Ustaz-ustaz kita ni peka ada yang terlalu peka, segala gerak geri kita semasa kuliahnya beliau nampak. Ada antara kita yang mengelamun,  tidur pun ada..tapi jika ada kitab didepan mata dan sama-sama kita merujuk maka dapat jugak kita bagi konsentrasi. Jika ada mana-mana ayat/sebutan ustaz yang tidak jelas maka sudah tentu kitab didepan mata itu dapat membantu.

Syukur, kini kita telah berada selangkah di hadapan. Alhamdulillah kita telah berjaya mengumpul banyak kitab-kitab wakaf untuk rujukkan ahli jemaah yang hadir kuliah. Pada yang mewakaf mahupun kepada sesiapa yang mereka niatkan pahala wakaf itu, muga-muga pahala wakaf tersebut akan sentiasa mengalir selama mana buku itu digunakan dan yang lebih penting selama mana ilmu yang dapat dimenafaatkan hasil dari rujukkan pada buku-buku itu.

Kami juga memohon izin dari tuan/puan yang telah mewakafkan buku-buku tersebut, sekiranya apabila buku itu telah tamat digunakan dimasjid ini, bagi memastikan ada kesinambungan kegunaanya, maka izinkan kami memanjangkan wakaf itu kepada masjid-masjid, surau-surau, madarasah-madrasah dsb. Sekiranya guru yang memimpin pengajian dengan kitab itu ingin menggunakan kitab itu ditempat lain, maka rasanya lebih afdal kita serah kan kepada beliau buku-buku itu supaya jemaah ditempat itu bolih menggunakannya. 

Ingin dimaklumkan, pihak masjid membuat program wakaf ini hanya dengan niat untuk menyediakan wadah bagi seluruh umat Islam dalam kariah kita untuk membuat pahala. Dalam masa yang sama kita dapat melengkapkan masjid kita dengan kitab-kitab rujukkan ilmu farduain untuk dimanafaatkan oleh seluruh umat Islam yang berkunjung di masjid kita.

Harga buku-buku tersebut insyaallah semuanya harga diskaun yang pada tahap yang sukar untuk anda mendapatkannya dimana-mana.  Pihak masjid tidak mendapat untung walau satu sen pun. Cuma apa yang kami harapkan ialah tuan/puan harus merebut peluang untuk membuat pahala sebegini. Seterusnya jangan lupa, gunakan buku-buku tersebut semasa kuliah. Dengan usaha itu diharapkan ustaz-ustaz kita akan lebih bersemangat untuk hadir menyampaikan kuliah dimasjid kita dimasa-masa yang akan datang.

Kita telah bercakap tentang buku rujukkan yang kini telah banyak ada dimasjid kita secara wakaf......rasanya ada lagi yang kurang iaitu buku-buku nota kuliah. Pada pandangan saya terutama pada diri saya sendiri, kalau setakat datang kuliah hanya sebagai menjadi halwa telinga tanpa mencatat apa-apa nota dari kuliah itu....tak sempat sampai rumah yang tinggal dalam kepala cuma tinggal 10% sahaja. Anda setuju? kalau setuju..insyaallah kami akan cuba usahakan bagi mendapatkan pencetak untuk menerbitkan buku nota kuliah-cum-diari. Doakan lah muga-muga ianya berhasil.

Akhir kalam, jika tuan/puan ada apa-apa untuk dikongsi/komen sila majukan komen anda. Jadikanlah laman blog masjid kita ini sesuatu yang vibrant.

Wallah-u-alam.

Pappa Rich - Dari Lapuran JAIS

As- Salam Ahli Jemaah sekelian, sebenarnya ini adalah cerita yang tidak berapa lama, di bawa untuk anda sekali lagi supaya kita berhati-hati apabila hendak membeli ayam atau pun apabila kita hendak makan di restoran-restoran mahupun di gerai-gerai.

Kalau di-tempat kita peniaga-peniaga restoran dan gerai-gerai membeli ayam berkilo-kilo beratnya di Pasaraya SSW dan HERO. Apabila saya amati secara dekat pada sijil halal JAKIM ternyata syarikat pembekal adalah sebuah syarikat milik bangsa cina. Walaupun ada mendapat Sijil Halal JAKIM, persoalannya apakah pihak penguatkuasa JAKIM bolih memantau 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan dan 365hari setahun. Makna kata kalau mereka ingin mencampur atau menyediakan ayam yang tidak sah cara sembelihannya....siapalah yang tahu. Apa yang pasti, hanya orang yang beriman sahaja yang takutkan ALLAH. Kita tahu akan adanya hari pembalasan, adanya timbangan amal dan akan ada syurga dan neraka. Kita juga harus maklum bahwa setiap yang halal itu jelas, yang haram juga jelas antara kedua-duanya adalah samar-samar maka harus lah kita elakkan. Kita juga harus ingat bahawa daging yang tumbuh dari makanan yang haram  tidak lain melainkan ianya akan dibakar oleh api neraka.

Oleh itu, carilah daging dan ayam sembelihan yang diketahui diurus dan dimiliki secara nyata oleh orang Islam. Selamat di dunia insyaallah selamat juga kita di akhirat.

________________________________Amati Artikal berikut_______________________________
Dari E-mail teman....rasanya tuan SongkokPutih ada post artikel ni...Tapi takper lah, dipostkan sekali lagi & dieditkan sedikit supaya kita sentiasa beringat...

Kuala Lumpur, 21 Julai 2010, (Jam 1.00 pagi):
Seramai 16 orang kakitangan JAWI, JAIS, Kementerian Pengguna, JAKIM dan PUM (aktivis LANDAS) telah membuat Operasi HALAL HUB di rumah-rumah/ premis penyembelihan Halal sekitar Wilayah Persekutuan K.L. Antara lokasi yang kami pergi ialah kawasan Beringin Jinjang, Bandar Sri Damansara dan berakhir sekitar jam 4 pagi.




Pegawai JAKIM sedang memberi taklimat sebelum kami berangkat ke lokasi jam 1.00 pgi.


Lokasi pertama kami di Bandar Sri Damansara (KL Supreme Processing Sdn Bhd.)

Dalam suasana yang dingin (dalam bilik sejuk) kami menjelajahi dari tempat ke suatu tempat, segenap penjuru di premis tersebut. Segala dokumen dan operasi sembelihan kami teliti bagi menentukan ayam-ayam yang di pasarkan HALAL untuk dimakan oleh umat Islam sekitar KL dan Se lan gor.



Kami cek setiap ayam disembelih mengikut syara’ atau tidak. Urat yang wajib diputuskan ialah Urat Halkum dan Urat Marikh’, sementara urat darah kiri kana leher adalah sunat (hadis Nabi saw).


Keratan 4 urat pada leher ayam perlu diputuskan

Yang menjadi tandatanya tanpa nuqtah kepada kami, mana-mana operasi di rumah-rumah sembelihan ada sahaja yang tak kena walau pun penyembelihnya ada tauliah. Kebanyakan Tokeh adalah orang Cina dan perkerja banyak orang Bangladesh , Indonesia dan orang Kashmir . Hanya segelintir orang Melayu. Maka banyaklah penyelewengan berlaku. Adaka lan ya ayam tak sempat mati telah bertindih dan mati sebab bertindih bukan mati kerana sembelihan.
Ada pula ayam yang uratnya tak putus habis, maka jadilah BANGKAI, namun ramai yang orang tak prihatin di mana mereka beli ayam, maka mereka makan bangkailah.

Lihat urat marikh’ contoh ayam yang tak putus habis ini:


Ini pulak ayam cucuk, tapi pe lan ggannya restoran Melayu dan pembuat sate;

Ayam ini kami dapat kat Beringin Jinjang (premis sembelih Kim Foog Trading) pagi tadi. Kat belakang premis ini tempat sembelih Babipulak. Kami sedang pantau satu kes sebelah dalam berhampiran premis ini ada satu lagi premis sembelih ayam, tapi ayam tak sembelihpun mereka campur untuk dipasarkan kepada orang Melayu Islam. Kelilingnya tempat sembelih Babi dan sebelahnya mereka tanam sayur togeh, yang kita campur dengan mie atau goring dengan tahu. Tengoklah siapa pe lan ggannya (melalui resit beliannya di bawah).



Di lan ggani oleh Restoran Pappa Rich pada setiap hari bu lan Jun lalu. Inilah tempat orang kita makan. Saya nak pesan kat semua orang Islam di Malaysia dan seluruh dunia, prihatinlah sikit tentang apa yang kita makan terutama ayam. Firman Allah swt;

Quote:
Al Baqarah 168. Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak lan gkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu.


Ini pula tempat yang sama, penyembelih Islam dari Indonesia, dia cucuk tengok ayam macam Cina, terus campak ayam yang masih hidup dalam air supaya cepat mati ada yang tak cucuk lan gsug, hidup-hidup dia masukkan dalam air supaya mati cepat dan diprosesnya.



Nampak tak yang putih itu ayam hidup dan itik (hidup2 dibenam dalam tangki ini) Kemudian dia celur dan proses


Bila kami Tanya kenapa buat gitu, katanya Cina (Tokeh) suruh buat dan cepat sikit. Nilah yang kita dok makan hari-hari mungkin. Dia keluarkan (tengkok ayam tiada bekas sembelihpun)



Double standards of the modern world!

Double standards of the modern world!





Rasulullah (sallAllahu alayhi wasalam) bersabda:

“Islam bermula sebagai sesuatu yang asing

dan akan kembali menjadi asing sebagaimana permulaannya,

jadi berilah khabar gembira kepada orang asing itu!”

(Sahih Muslim, #145)


http://i1044.photobucket.com/albums/b444/jebat20/Islam/3.jpg





http://i1044.photobucket.com/albums/b444/jebat20/Islam/4.jpg








http://i1044.photobucket.com/albums/b444/jebat20/Islam/5.jpg







http://i1044.photobucket.com/albums/b444/jebat20/Islam/6.jpg






http://i1044.photobucket.com/albums/b444/jebat20/Islam/7.jpg





http://i1044.photobucket.com/albums/b444/jebat20/Islam/8.jpg






http://i1044.photobucket.com/albums/b444/jebat20/Islam/9.jpg













http://i1044.photobucket.com/albums/b444/jebat20/Islam/3last.jpg
http://i1044.photobucket.com/albums/b444/jebat20/Islam/2last.jpg
http://i1044.photobucket.com/albums/b444/jebat20/Islam/12.jpg
http://i1044.photobucket.com/albums/b444/jebat20/Islam/last.jpg




http://i1044.photobucket.com/albums/b444/jebat20/Islam/ss.jpg


HARI KEHANCURAN

RENUNGAN PETANG JUMAAT. Kiriman ahli kariah Masdjia Al-Munwwarah.



:::[ Hari KEHANCURAN ]:::
by Islam Itu Agamaku on Friday, November 5, 2010 at 11:31pm

Gambaran Hari Qiamat

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

- Pemimpin yang adil.

- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) 

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.



Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:  Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.  Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
Sedekah/amal jariahnya.
Doa anak²nya yang soleh.
Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi

CERITA BUDAK PENJUAL KUIH


Assalamualaikum,
 
Saya panjangkan cerita ini yang saya terima daripada seorang rakan untuk direnungi bersama. Kadang-kadang pelajaran dan pengajaran penghidupan itu tidak perlu di menara gading atau di dewan kuliah berhawa dingin, pengajaran dapat diperolehi di kaki lima kedai....
Abaikan mel ini jika tidak berkenaan dengan anda.
 
 
  > >
> >
> >
> > Hari itu selepas seminggu beraya dikampung,saya pulang
> ke Kuala Lumpur.
> > Memikirkan highway PLUS sibuk,saya menyusuri laluan
> lama. Pekan pertama
> > yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk,
> saya singgah
> > sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu.
> Sebaik memesan
> > makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih
> kurang 12 tahun muncul
> > dihadapan.
> >
> > "Abang nak beli kuih?" katanya sambil
> tersenyum. Tangannya segera
> > menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih
> jajaanya.
> > "Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan,"
> jawap saya ringkas.
> > Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus
> menikmatinya. Lebih kurang
> > 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi
> menghampiri pelanggan
> > lain,
> > sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak,
> dia berlalu begitu
> > saja.
> >
> > "Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?"
> katanya selamba semasa
> > menghampiri meja saya. "Abang baru lepas makan
> dik. Masih kenyang lagi
> > ni,"
> > kata saya sambil menepuk-nepuk perut.
> >
> > Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai
> disitu, di
> > meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu
> ditanya, "Tak nak
> >
> > beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau
> makcik?"
> >
> > Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak
> menghalng dia keluar
> > masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil
> memerhati, terselit rasa
> > kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa
> gigihnya dia berusaha.
> > Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam
> dirinya, sekalipun
> > orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.
> >
> >
> > Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus
> beredar
> > bekereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh
> di deretan kedai
> > yang
> > sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup
> pintu. Belum sempat
> >
> > saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di
> tepi kereta. Dia
> > menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin,
> membalas
> > senyumannya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12
> tahun.
> >
> >
> > "Abang dah kenyang, tapi mungkin Abang perlukan
> kuih saya untuk
> > adik-adik Abang, ibu atau ayah Abang" katanya
> petah sekali sambil
> > tersenyum.Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul
> dengan menyelak
> > daun
> > pisang penutupnya.
> >
> > Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul
> persaan kesian
> > dihati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan
> sekeping not merah
> > RM10. Saya hulurkan padanya.
> >
> >
> > "Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang
> beli kuih tu," saya
> > berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat
> mendadak. Kanak-kanak
> > itu
> > menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima
> kasih terus berjalan
> > kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat
> membantunya.
> >
> > Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur.
> Alangkah
> > terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu
> menghulurkan pula RM10
> > pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta
> kedua-dua matanya.
> >
> >
> > Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta,
> memanggil
> > kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih
> ke?" tanyanya.
> > "Kenapa adik berikan duit Abang tadi pada
> pengemis tu? Duit tu Abang
> > bagi adik!" kata saya tanpa menjawap
> pertanyaannya.
> >
> >
> > "Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah
> kalau dia dapat tahu saya
> > mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah
> kerana Allah
> > berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu
> saya bawa duit
> > sebanyak
> > itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti
> marah. Kata
> > mak,mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih
> kuat bang!"
> > katanya
> > begitu lancar.
> >
> >
> > Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup
> kanak-kanak itu.
> > Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua
> harga kuih dalam
> > bakul
> > itu. "Abang nak beli semua ke?" dia betanya
> dan saya cuma mengangguk.
> > Lidah
> > saya kelu nak berkata.
> >
> > "RM25 saja bang." Selepas dia memasukkan
> satu persatu kuihnya kedalam
> > plastik, sayah ulurkan RM25. Dia mengucapkan terima
> kasih dan terus
> > berlalu.
> >
> >
> > Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada
> pandangan.Dalam perjalanan
> > ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya
> statusnya. Anak
> > yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang
> melahirknya? Terus terang
> > saya
> > katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar
> kasihan, tetapi kerana
> > rasa
> > kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya
> satu
> > penghormatan.
> >
> >
> > Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu.
> Dia menyedarkan
> > saya, siapa kita sebenarnya! "        
>
>
>  Hamba Allah



All opinions, conclusions and other information in this message that do not relate to the official business of MARDI shall be understood as neither given nor endorsed by MARDI. MARDI does not authorise any of its employees to make any defamatory or seditious statements or commit any offence which is contrary to the laws of Malaysia. Any such communications and/or actions by such employees are outside the scope of employment of the said individuals and MARDI shall not be liable for such communications and/or actions.
 
 



All opinions, conclusions and other information in this message that do not relate to the official business of MARDI shall be understood as neither given nor endorsed by MARDI. MARDI does not authorise any of its employees to make any defamatory or seditious statements or commit any offence which is contrary to the laws of Malaysia. Any such communications and/or actions by such employees are outside the scope of employment of the said individuals and MARDI shall not be liable for such communications and/or actions.
 

Assalamualaikum, Saya panjangkan cerita ini yang saya terima daripada seorang rakan untuk direnungi bersama. Kadang-kadang pelajaran dan pengajaran penghidupan itu tidak perlu di menara gading atau di dewan kuliah berhawa dingin, pengajaran dapat diperolehi di kaki lima kedai.... Abaikan mel ini jika tidak berkenaan dengan anda. > > > > > > > > Hari itu selepas seminggu beraya dikampung,saya pulang > ke Kuala Lumpur. > > Memikirkan highway PLUS sibuk,saya menyusuri laluan > lama. Pekan pertama > > yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, > saya singgah > > sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. > Sebaik memesan > > makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih > kurang 12 tahun muncul > > dihadapan. > > > > "Abang nak beli kuih?" katanya sambil > tersenyum. Tangannya segera > > menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih > jajaanya. > > "Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," > jawap saya ringkas. > > Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus > menikmatinya. Lebih kurang > > 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi > menghampiri pelanggan > > lain, > > sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, > dia berlalu begitu > > saja. > > > > "Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" > katanya selamba semasa > > menghampiri meja saya. "Abang baru lepas makan > dik. Masih kenyang lagi > > ni," > > kata saya sambil menepuk-nepuk perut. > > > > Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai > disitu, di > > meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu > ditanya, "Tak nak > > > > beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau > makcik?" > > > > Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak > menghalng dia keluar > > masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil > memerhati, terselit rasa > > kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa > gigihnya dia berusaha. > > Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam > dirinya, sekalipun > > orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. > > > > > > Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus > beredar > > bekereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh > di deretan kedai > > yang > > sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup > pintu. Belum sempat > > > > saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di > tepi kereta. Dia > > menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, > membalas > > senyumannya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 > tahun. > > > > > > "Abang dah kenyang, tapi mungkin Abang perlukan > kuih saya untuk > > adik-adik Abang, ibu atau ayah Abang" katanya > petah sekali sambil > > tersenyum.Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul > dengan menyelak > > daun > > pisang penutupnya. > > > > Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul > persaan kesian > > dihati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan > sekeping not merah > > RM10. Saya hulurkan padanya. > > > > > > "Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang > beli kuih tu," saya > > berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat > mendadak. Kanak-kanak > > itu > > menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima > kasih terus berjalan > > kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat > membantunya. > > > > Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. > Alangkah > > terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu > menghulurkan pula RM10 > > pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta > kedua-dua matanya. > > > > > > Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, > memanggil > > kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih > ke?" tanyanya. > > "Kenapa adik berikan duit Abang tadi pada > pengemis tu? Duit tu Abang > > bagi adik!" kata saya tanpa menjawap > pertanyaannya. > > > > > > "Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah > kalau dia dapat tahu saya > > mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah > kerana Allah > > berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu > saya bawa duit > > sebanyak > > itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti > marah. Kata > > mak,mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih > kuat bang!" > > katanya > > begitu lancar. > > > > > > Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup > kanak-kanak itu. > > Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua > harga kuih dalam > > bakul > > itu. "Abang nak beli semua ke?" dia betanya > dan saya cuma mengangguk. > > Lidah > > saya kelu nak berkata. > > > > "RM25 saja bang." Selepas dia memasukkan > satu persatu kuihnya kedalam > > plastik, sayah ulurkan RM25. Dia mengucapkan terima > kasih dan terus > > berlalu. > > > > > > Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada > pandangan.Dalam perjalanan > > ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya > statusnya. Anak > > yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang > melahirknya? Terus terang > > saya > > katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar > kasihan, tetapi kerana > > rasa > > kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya > satu > > penghormatan. > > > > > > Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. > Dia menyedarkan > > saya, siapa kita sebenarnya! " > > > Hamba Allah ________________________________________ All opinions, conclusions and other information in this message that do not relate to the official business of MARDI shall be understood as neither given nor endorsed by MARDI. MARDI does not authorise any of its employees to make any defamatory or seditious statements or commit any offence which is contrary to the laws of Malaysia. Any such communications and/or actions by such employees are outside the scope of employment of the said individuals and MARDI shall not be liable for such communications and/or actions. ________________________________________ All opinions, conclusions and other information in this message that do not relate to the official business of MARDI shall be understood as neither given nor endorsed by MARDI. MARDI does not authorise any of its employees to make any defamatory or seditious statements or commit any offence which is contrary to the laws of Malaysia. Any such communications and/or actions by such employees are outside the scope of employment of the said individuals and MARDI shall not be liable for such communications and/or actions.

Saturday, December 18, 2010

Logo Halal Efektif?

Nota Munawwarah:  Efektifkah  Implementasi Logo Halal Malaysia?


Hanya pengguna bijak pilih sumber makanan yang terjamin aspek keselamatan, kebersihan


UMUM melihat penggunaan logo dan sistem pensijilan halal semata-mata untuk kepentingan pengguna Melayu Muslim di negara ini membuat pilihan barangan di pasaran tanpa ragu-ragu.  Namun, selepas diperkenalkan hampir 10 tahun, perkembangannya amat mengejutkan kerana perkataan halal bukan lagi menjadi milik mutlak etnik Melayu Muslim bahkan semakin berkembang di persada antarabangsa.


Komuniti peniaga kebanyakan bukan Islam mula sedar kepentingan halal dan memohon supaya produk barangan mereka diberikan pengesahan halal. Perubahan ini memecah tembok sempadan perbezaan agama dan budaya yang menganggap piawaian halal hanya untuk penganut Islam.  Begitu juga, pemilik industri dari Amerika Syarikat, Jerman, Belanda, Australia dan New Zealand, yang membuat pelaburan besar di negara ini. Di Asia, Jepun dan Thailand juga mementingkan aspek ini. 


Mereka menjadikan logo halal sebagai alat pemasaran untuk memenangi hati pengguna. Statistik 2010 menunjukkan 74.7 peratus pemegang sijil halal Malaysia adalah bukan Bumiputera untuk kategori produk, premis makanan dan rumah sembelihan.  Jumlah keseluruhan pemegang sijil halal Malaysia bagi 2008-2010 (sehingga Oktober) ialah sebanyak 3,889. Jumlah ini dijangka meningkat selepas pindaan Akta Perihal Dagangan 1972 yang dijangka berkuatkuasa tahun depan.  Golongan pengeluar meletakkan nilai logo halal pada barangan mereka lebih mahal dan bernilai berbanding produk dikeluarkan. Ada berpandangan, tanpa logo halal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Jabatan/ Majlis Agama Islam, sukar untuk memasarkan produk.  Malah, dalam keadaan tertentu pengguna akan mempertikaikannya. Kini halal menjadi nilai komersial yang penting mengatasi sempadan bangsa, agama dan antarabangsa. 


Kita mungkin tertanya mengapa logo halal dikeluarkan di negara ini digandingkan dengan perkataan Malaysia, iaitu Halal Malaysia. Pada perspektif syarak, perkataan halal sudah cukup sebagai penunjuk aras barangan itu dibenarkan atau harus digunakan dari segi hukum, keselamatan dan mutu.  Inilah keunikan di Malaysia. Sebelum penandaan halal menjadi faktor penting dalam dunia perniagaan hari ini, sensitiviti halal sudah tertanam kukuh dalam kebudayaan masyarakat Islam terutama bagi sumber makanan dan produk barangan gunaan harian.  Namun, penggunaan bahan dan barangan ringkas lebih-lebih lagi dalam produk makanan pada masa lalu menyebabkan pelabelan ini tidak dipandang penting berbanding hari ini. Tambahan, pengetahuan dan kesedaran masyarakat Islam terhadap kandungan bahan mentah tidak begitu diberi perhatian. 


JAKIM sebagai badan penyelaras pensijilan halal di Malaysia sudah memperkenalkan logo halal Malaysia yang standard bagi menjawab segala persoalan kerana Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) turut mengeluarkan logo halal masing-masing yang mempunyai identiti tersendiri.  Sebagai panduan kepada pengguna, logo dikeluarkan secara rasmi kepada premis pemohon ialah berwarna hitam pekat. Bagi memudahkan pihak pengeluar, mereka dibenar menggunakan warna lain mengikut produk dihasilkan asalkan tidak sedikitpun merubah spesifikasi logo asal. 


Dengan penggunaan satu logo mulai 2007, maka secara langsung logo lama yang masih beredar di pasaran tercatat perkataan JAKIM, JAIN atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dijangka akan dihapuskan secara berperingkat.  Tujuan utama pengenalan logo ini untuk penyelarasan selain menghapuskan penggunaan logo halal palsu dan sebarang logo halal yang tidak disahkan pihak berkuasa negara Islam. Logo halal digunakan premis tanpa pengesahan rasmi JAKIM/JAIN tidak boleh dipertanggungjawabkan sungguhpun penggunaannya tiada sekatan dari sudut perundangan.  Bagi tujuan itu juga, JAKIM bekerjasama dengan pelbagai pihak berkaitan untuk mempertingkatkan keupayaan sistem pensijilan halal dengan penyeragaman mekanisme pensijilan halal mematuhi standard dan prosedur mengikut keperluan ISO/IEC Guide 65.  Malaysia menerusi Jabatan Standard Malaysia juga menerbitkan standard halal MS1500. Selain itu, latihan juga diberikan kepada juruaudit dan panel pengesahan halal negeri di samping pendedahan mengenai aplikasi sistem e-halal. 


JAKIM bersama agensi berkaitan seperti Jabatan Pertanian Malaysia (JPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Halal Development Corporation (HDC), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan badan pengguna serta pihak industri memainkan peranan penting dalam standard ini.  JPV bekerjasama dengan JAKIM memberi khidmat kepakaran teknikal dari sudut syarak bagi menentukan status halal daging dan produk berasaskan daging yang diimport.  Sehingga kini, sebanyak 50 badan Islam dari 24 buah negara mendapat pengiktirafan Malaysia malah tahun ini saja, JAKIM menerima 18 permohonan baru Badan Pensijilan Halal Luar Negara. 


JAKIM tidak keseorangan dalam menguruskan pensijilan halal kerana HDC yang bertanggungjawab membangunkan industri halal dan mempromosikan halal di persada dunia turut membantu. Sebagai pertubuhan yang memperjuangkan kepentingan pengguna, PPIM berperanan menyebarkan maklumat berhubung isu halal kepada umum.  JAKIM akan mempertingkatkan kerjasama dengan Jabatan Kimia, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT), universiti dan semua pemain industri halal untuk memastikan pensijilan halal dikendalikan dengan cekap.  Penggunaan logo halal tidak lagi dipandang enteng tetapi berubah menjadi keperluan pihak industri pengeluar produk makanan dan barangan gunaan. Menerusi elemen halal, kerajaan berjaya menggalakkan persaingan perniagaan dan memastikan produk lebih berkualiti serta meyakinkan. 


Sebenarnya kita tidak boleh memisahkan halal daripada sumber atau puncanya. Hanya pengguna yang bijak menggunakan hak akan memilih perkhidmatan produk halal yang sememangnya terjamin dari aspek keselamatan dan kebersihan seiring moto ‘Halal Malaysia Jaminan Terpilih’. 

Tulisan di atas di petik dari akhbar Berita Harian. 

Wednesday, November 24, 2010

AMANAH

Tulisan ini dipetik dari blog http://ridzwan-bakar.blogspot.com  kluster-Muhasabah yang telah diterbitkan pada 21 Feb 2009.

***********************************************************************************
Amanah memberi makna yang berbeza bagi seseorang. Secara umum, ia boleh membawa erti amanah kepada harta, perintah taat, soal kerja, urusan negara, urusan agama, menjaga wang atau memelihara rahsia.

Dalam pengurusan negara, pemerintah diberi amanah, bermula dengan mengangkat sumpah. Ada juga negara/negeri yang memulakan perakuan amanah dengan bertemankan Al-Qur'an di sisi. Sementara 'OSA' pula adalah akta Rahsia Rasmi bagi membendung kerahsiaan maklumat negara.

Amanah adalah manifestasi iman. Kita juga sedar bahawa kita telah memegang satu amanah besar. Firman Allah
“Sesungguhnya telah kami berikan amanah kepada langit, bumi dan gunung ganang, lalu mereka enggan memikulnya dan takut menerimanya, kemudian amanah itu dipikul oleh manusia….. “ Al-Ahzab: 72

Mengikut sebuah kitab, Adam a.s. telah menerima amanah besar sebagai khalifah pada waktu Asar. Dan diantara Asar hingga malam hari itu juga, Adam a s telah melanggar amanah dengan memakan buah larangan dalam syurga. Nafsu adalah penyebab tergelincirnya amanah yang Adam pikul.

Rasululah s.a.w bersabda:
“Umatku akan sentiasa berada dalam keadaan baik selama mereka tidak menjual amanah dan menggadaikan kejujuran.”

Dalam kehidupan dunia materialistik bertunjangkan sistem kapitalis, amanah boleh 'diurus niaga'. Insan yang beramanah biasanya kurang mendapat tempat dan insan yang amanah juga biasanya mudah dikambing hitamkan.

Ku tadah tangan kecil ini:
“Ya Allah peliharalah kami dari pengkhianatan manusia, tempatkanlah insan yang beramanah ditempatnya, selamatkanlah ummah dan berikanlah kami renjisan kedamaian hidup.”