MAKLUMAN

Assalamualaikum Pengunjung sekelian,

Blog ini sedang dibangunkan dan memerlukan masa untuk disusun. InsyaALLAH blog ini akan di soft-launch pada hari Jumaat 26hb November 2010. Objektif Blog ini adalah:-

1. Sebagai satu platform bagi menghubungkan MAsjid AL-Munawwarah dengan ahli kariah khususnya dan masyarakat amnya.

2. Menyediakan santapan ruhiah dan intelek dengan pengisian dalam bentuk penulisan aspek tazkirah, nota kuliah harian/mingguan masjid, zikir-zikir yang bersesuaian dan tip-tip berguna.

3. Sebagai wadah komunikasi program MAsjid dan perkembangan terkini aktiviti masjid.

4. Menyediakan medan diskusi berkaitan isu-isu semasa yang bakal memberi manfaat kepada kariah dan masyarakat.

5. Menyediakan link-link berguna bagi tujuan pembangunan masyarakat.

Kami mengalu-alukan cadangan membina dari tuan/puan. Sila salurkan cadangan ke email efarduain@gmail.com

Terima kasih.

Pengurusan Masjid

12 Zulhijjah 1431H/ 20 Nov 2010

Wednesday, December 22, 2010

WAKAF BUKU

Salam akhie/ukhtie...seluruh ahli jemaah masjid al-munawwarah.

Syukur kepada Allah program wakaf buku-buku kuliah yang pihak masjid lancarkan telah mendapat sambutan yang cukup baik dari ahli jemaah sekelian. Kami ucapkan syabas diiring dengan ucapan ribuan terima kasih. Sebenarnya telah lama kami rancang untuk berbuat demikian, namun atas faktor masa ianya terpaksa di kemudiankan. Namun ada ketikanya pada mutakakhir ini, ada pulak berapa orang ustaz memperli kita antaranya....1)...."nampaknya semua jemaah yang hadir kuliah pandai-pandai belaka...yang tak pandai saya sorang....sebab saya berpandukan buku..." 2)......"sampai bilakah asyik-asyik saya membaca mukaddimah buku ini sahaja....nak masuk topik lain..nampaknya hanya ustaz sahaja yang ada buku.....", Ustaz-ustaz kita ni peka ada yang terlalu peka, segala gerak geri kita semasa kuliahnya beliau nampak. Ada antara kita yang mengelamun,  tidur pun ada..tapi jika ada kitab didepan mata dan sama-sama kita merujuk maka dapat jugak kita bagi konsentrasi. Jika ada mana-mana ayat/sebutan ustaz yang tidak jelas maka sudah tentu kitab didepan mata itu dapat membantu.

Syukur, kini kita telah berada selangkah di hadapan. Alhamdulillah kita telah berjaya mengumpul banyak kitab-kitab wakaf untuk rujukkan ahli jemaah yang hadir kuliah. Pada yang mewakaf mahupun kepada sesiapa yang mereka niatkan pahala wakaf itu, muga-muga pahala wakaf tersebut akan sentiasa mengalir selama mana buku itu digunakan dan yang lebih penting selama mana ilmu yang dapat dimenafaatkan hasil dari rujukkan pada buku-buku itu.

Kami juga memohon izin dari tuan/puan yang telah mewakafkan buku-buku tersebut, sekiranya apabila buku itu telah tamat digunakan dimasjid ini, bagi memastikan ada kesinambungan kegunaanya, maka izinkan kami memanjangkan wakaf itu kepada masjid-masjid, surau-surau, madarasah-madrasah dsb. Sekiranya guru yang memimpin pengajian dengan kitab itu ingin menggunakan kitab itu ditempat lain, maka rasanya lebih afdal kita serah kan kepada beliau buku-buku itu supaya jemaah ditempat itu bolih menggunakannya. 

Ingin dimaklumkan, pihak masjid membuat program wakaf ini hanya dengan niat untuk menyediakan wadah bagi seluruh umat Islam dalam kariah kita untuk membuat pahala. Dalam masa yang sama kita dapat melengkapkan masjid kita dengan kitab-kitab rujukkan ilmu farduain untuk dimanafaatkan oleh seluruh umat Islam yang berkunjung di masjid kita.

Harga buku-buku tersebut insyaallah semuanya harga diskaun yang pada tahap yang sukar untuk anda mendapatkannya dimana-mana.  Pihak masjid tidak mendapat untung walau satu sen pun. Cuma apa yang kami harapkan ialah tuan/puan harus merebut peluang untuk membuat pahala sebegini. Seterusnya jangan lupa, gunakan buku-buku tersebut semasa kuliah. Dengan usaha itu diharapkan ustaz-ustaz kita akan lebih bersemangat untuk hadir menyampaikan kuliah dimasjid kita dimasa-masa yang akan datang.

Kita telah bercakap tentang buku rujukkan yang kini telah banyak ada dimasjid kita secara wakaf......rasanya ada lagi yang kurang iaitu buku-buku nota kuliah. Pada pandangan saya terutama pada diri saya sendiri, kalau setakat datang kuliah hanya sebagai menjadi halwa telinga tanpa mencatat apa-apa nota dari kuliah itu....tak sempat sampai rumah yang tinggal dalam kepala cuma tinggal 10% sahaja. Anda setuju? kalau setuju..insyaallah kami akan cuba usahakan bagi mendapatkan pencetak untuk menerbitkan buku nota kuliah-cum-diari. Doakan lah muga-muga ianya berhasil.

Akhir kalam, jika tuan/puan ada apa-apa untuk dikongsi/komen sila majukan komen anda. Jadikanlah laman blog masjid kita ini sesuatu yang vibrant.

Wallah-u-alam.

No comments:

Post a Comment