MAKLUMAN

Assalamualaikum Pengunjung sekelian,

Blog ini sedang dibangunkan dan memerlukan masa untuk disusun. InsyaALLAH blog ini akan di soft-launch pada hari Jumaat 26hb November 2010. Objektif Blog ini adalah:-

1. Sebagai satu platform bagi menghubungkan MAsjid AL-Munawwarah dengan ahli kariah khususnya dan masyarakat amnya.

2. Menyediakan santapan ruhiah dan intelek dengan pengisian dalam bentuk penulisan aspek tazkirah, nota kuliah harian/mingguan masjid, zikir-zikir yang bersesuaian dan tip-tip berguna.

3. Sebagai wadah komunikasi program MAsjid dan perkembangan terkini aktiviti masjid.

4. Menyediakan medan diskusi berkaitan isu-isu semasa yang bakal memberi manfaat kepada kariah dan masyarakat.

5. Menyediakan link-link berguna bagi tujuan pembangunan masyarakat.

Kami mengalu-alukan cadangan membina dari tuan/puan. Sila salurkan cadangan ke email efarduain@gmail.com

Terima kasih.

Pengurusan Masjid

12 Zulhijjah 1431H/ 20 Nov 2010

Wednesday, December 22, 2010

Pappa Rich - Dari Lapuran JAIS

As- Salam Ahli Jemaah sekelian, sebenarnya ini adalah cerita yang tidak berapa lama, di bawa untuk anda sekali lagi supaya kita berhati-hati apabila hendak membeli ayam atau pun apabila kita hendak makan di restoran-restoran mahupun di gerai-gerai.

Kalau di-tempat kita peniaga-peniaga restoran dan gerai-gerai membeli ayam berkilo-kilo beratnya di Pasaraya SSW dan HERO. Apabila saya amati secara dekat pada sijil halal JAKIM ternyata syarikat pembekal adalah sebuah syarikat milik bangsa cina. Walaupun ada mendapat Sijil Halal JAKIM, persoalannya apakah pihak penguatkuasa JAKIM bolih memantau 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan dan 365hari setahun. Makna kata kalau mereka ingin mencampur atau menyediakan ayam yang tidak sah cara sembelihannya....siapalah yang tahu. Apa yang pasti, hanya orang yang beriman sahaja yang takutkan ALLAH. Kita tahu akan adanya hari pembalasan, adanya timbangan amal dan akan ada syurga dan neraka. Kita juga harus maklum bahwa setiap yang halal itu jelas, yang haram juga jelas antara kedua-duanya adalah samar-samar maka harus lah kita elakkan. Kita juga harus ingat bahawa daging yang tumbuh dari makanan yang haram  tidak lain melainkan ianya akan dibakar oleh api neraka.

Oleh itu, carilah daging dan ayam sembelihan yang diketahui diurus dan dimiliki secara nyata oleh orang Islam. Selamat di dunia insyaallah selamat juga kita di akhirat.

________________________________Amati Artikal berikut_______________________________
Dari E-mail teman....rasanya tuan SongkokPutih ada post artikel ni...Tapi takper lah, dipostkan sekali lagi & dieditkan sedikit supaya kita sentiasa beringat...

Kuala Lumpur, 21 Julai 2010, (Jam 1.00 pagi):
Seramai 16 orang kakitangan JAWI, JAIS, Kementerian Pengguna, JAKIM dan PUM (aktivis LANDAS) telah membuat Operasi HALAL HUB di rumah-rumah/ premis penyembelihan Halal sekitar Wilayah Persekutuan K.L. Antara lokasi yang kami pergi ialah kawasan Beringin Jinjang, Bandar Sri Damansara dan berakhir sekitar jam 4 pagi.




Pegawai JAKIM sedang memberi taklimat sebelum kami berangkat ke lokasi jam 1.00 pgi.


Lokasi pertama kami di Bandar Sri Damansara (KL Supreme Processing Sdn Bhd.)

Dalam suasana yang dingin (dalam bilik sejuk) kami menjelajahi dari tempat ke suatu tempat, segenap penjuru di premis tersebut. Segala dokumen dan operasi sembelihan kami teliti bagi menentukan ayam-ayam yang di pasarkan HALAL untuk dimakan oleh umat Islam sekitar KL dan Se lan gor.



Kami cek setiap ayam disembelih mengikut syara’ atau tidak. Urat yang wajib diputuskan ialah Urat Halkum dan Urat Marikh’, sementara urat darah kiri kana leher adalah sunat (hadis Nabi saw).


Keratan 4 urat pada leher ayam perlu diputuskan

Yang menjadi tandatanya tanpa nuqtah kepada kami, mana-mana operasi di rumah-rumah sembelihan ada sahaja yang tak kena walau pun penyembelihnya ada tauliah. Kebanyakan Tokeh adalah orang Cina dan perkerja banyak orang Bangladesh , Indonesia dan orang Kashmir . Hanya segelintir orang Melayu. Maka banyaklah penyelewengan berlaku. Adaka lan ya ayam tak sempat mati telah bertindih dan mati sebab bertindih bukan mati kerana sembelihan.
Ada pula ayam yang uratnya tak putus habis, maka jadilah BANGKAI, namun ramai yang orang tak prihatin di mana mereka beli ayam, maka mereka makan bangkailah.

Lihat urat marikh’ contoh ayam yang tak putus habis ini:


Ini pulak ayam cucuk, tapi pe lan ggannya restoran Melayu dan pembuat sate;

Ayam ini kami dapat kat Beringin Jinjang (premis sembelih Kim Foog Trading) pagi tadi. Kat belakang premis ini tempat sembelih Babipulak. Kami sedang pantau satu kes sebelah dalam berhampiran premis ini ada satu lagi premis sembelih ayam, tapi ayam tak sembelihpun mereka campur untuk dipasarkan kepada orang Melayu Islam. Kelilingnya tempat sembelih Babi dan sebelahnya mereka tanam sayur togeh, yang kita campur dengan mie atau goring dengan tahu. Tengoklah siapa pe lan ggannya (melalui resit beliannya di bawah).



Di lan ggani oleh Restoran Pappa Rich pada setiap hari bu lan Jun lalu. Inilah tempat orang kita makan. Saya nak pesan kat semua orang Islam di Malaysia dan seluruh dunia, prihatinlah sikit tentang apa yang kita makan terutama ayam. Firman Allah swt;

Quote:
Al Baqarah 168. Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak lan gkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu.


Ini pula tempat yang sama, penyembelih Islam dari Indonesia, dia cucuk tengok ayam macam Cina, terus campak ayam yang masih hidup dalam air supaya cepat mati ada yang tak cucuk lan gsug, hidup-hidup dia masukkan dalam air supaya mati cepat dan diprosesnya.



Nampak tak yang putih itu ayam hidup dan itik (hidup2 dibenam dalam tangki ini) Kemudian dia celur dan proses


Bila kami Tanya kenapa buat gitu, katanya Cina (Tokeh) suruh buat dan cepat sikit. Nilah yang kita dok makan hari-hari mungkin. Dia keluarkan (tengkok ayam tiada bekas sembelihpun)



1 comment:

  1. Kalau kita dah tau begini mengapa kah pihak berkuasa mengeluarkan sijil halal kepada peniaga cina ? X faham betul ...mengapa manusia ni lemah akal.

    ReplyDelete