MAKLUMAN

Assalamualaikum Pengunjung sekelian,

Blog ini sedang dibangunkan dan memerlukan masa untuk disusun. InsyaALLAH blog ini akan di soft-launch pada hari Jumaat 26hb November 2010. Objektif Blog ini adalah:-

1. Sebagai satu platform bagi menghubungkan MAsjid AL-Munawwarah dengan ahli kariah khususnya dan masyarakat amnya.

2. Menyediakan santapan ruhiah dan intelek dengan pengisian dalam bentuk penulisan aspek tazkirah, nota kuliah harian/mingguan masjid, zikir-zikir yang bersesuaian dan tip-tip berguna.

3. Sebagai wadah komunikasi program MAsjid dan perkembangan terkini aktiviti masjid.

4. Menyediakan medan diskusi berkaitan isu-isu semasa yang bakal memberi manfaat kepada kariah dan masyarakat.

5. Menyediakan link-link berguna bagi tujuan pembangunan masyarakat.

Kami mengalu-alukan cadangan membina dari tuan/puan. Sila salurkan cadangan ke email efarduain@gmail.com

Terima kasih.

Pengurusan Masjid

12 Zulhijjah 1431H/ 20 Nov 2010

Monday, December 27, 2010

MENJAWAB SEGALA PERSOALAN TENTANG SOLAT

As Salam,

Ahli jemaah sekalian, kita masih lagi berada di dalam  'zone SOLAT BERKUALITI' sehingga penghujung bulan SHAFAR 1432H. Pada musim solat berkualiti ini, kita sedang dan akan  menyusun kuliah-kuliah khas yang menyingkap tentang taharah(wudu'), solat sebagaimana Nabi solat, dan insyaallah apa jua perkara yang berkaitan dengan solat.

Pada 23 Muharram 1432H( 29 Desember 2010)  iaitu hari Rabu  malam khamis yang akan datang kita telah menjemput yang berbahagia Ust Nazri Md Isa untuk menjawab segala persoalan tentang solat.

Dalam hubungan ini, kami menyeru kepada seluruh ahli jemaah sekiranya tuan/puan ada apa jua persoalan tentang solat, anda bolih majukan soalan-soalan tersebut kepada AJK Dakwah secara:

a.  Secara SMS ke talian 013-2229957
b.  Secara email ke alamat email: efarduain@gmail.com.; atau
c.  Secara bertulis. Anda bolih serahkan segala pertanyaan secara bertulis kepada mana-mana pegawai masjid.


Bagi memudahkan kami menyelaraskan soalan-soalan tersebut, tarikh akhir untuk tuan/puan majukan soalan-soalan tersebut ialah pada Hari Rabu , 23 Muharram 1432H sebelum solat Asar. Walaubagaimanapun tuan/puan bolih juga mengajukan terus  kepada Ust yang berkenaan semasa kuliah tersebut.

Insyaallah pada bulan Safar nanti akan disusun 2 kuliah mengenai FIQH JUMAAT. Kuliah ini akan mengungkap amalan-amalan yang sesuai dan sunnah diamalkan pada hari Jumaat. Juga perkara yang berkaitan dengan solat-solat samada solat Jumaat mahupun solat-solat sunat pada hari jumaat akan dikupas. Tuan/puan juga sudah pasti ingin tahu apakah amalan-amalan sunnah yang harus dilakukan pada hari Jumaat.

Jadi, sentiasalah bersama dengan program-program masjid yang kita rangka hampir setiap hari. Mudah2an Allah permudahkan urusan harian kita. Rahmat Nya jua kita pohonkan.


Wallah-u'alam

No comments:

Post a Comment