MAKLUMAN

Assalamualaikum Pengunjung sekelian,

Blog ini sedang dibangunkan dan memerlukan masa untuk disusun. InsyaALLAH blog ini akan di soft-launch pada hari Jumaat 26hb November 2010. Objektif Blog ini adalah:-

1. Sebagai satu platform bagi menghubungkan MAsjid AL-Munawwarah dengan ahli kariah khususnya dan masyarakat amnya.

2. Menyediakan santapan ruhiah dan intelek dengan pengisian dalam bentuk penulisan aspek tazkirah, nota kuliah harian/mingguan masjid, zikir-zikir yang bersesuaian dan tip-tip berguna.

3. Sebagai wadah komunikasi program MAsjid dan perkembangan terkini aktiviti masjid.

4. Menyediakan medan diskusi berkaitan isu-isu semasa yang bakal memberi manfaat kepada kariah dan masyarakat.

5. Menyediakan link-link berguna bagi tujuan pembangunan masyarakat.

Kami mengalu-alukan cadangan membina dari tuan/puan. Sila salurkan cadangan ke email efarduain@gmail.com

Terima kasih.

Pengurusan Masjid

12 Zulhijjah 1431H/ 20 Nov 2010

Wednesday, November 24, 2010

AMANAH

Tulisan ini dipetik dari blog http://ridzwan-bakar.blogspot.com  kluster-Muhasabah yang telah diterbitkan pada 21 Feb 2009.

***********************************************************************************
Amanah memberi makna yang berbeza bagi seseorang. Secara umum, ia boleh membawa erti amanah kepada harta, perintah taat, soal kerja, urusan negara, urusan agama, menjaga wang atau memelihara rahsia.

Dalam pengurusan negara, pemerintah diberi amanah, bermula dengan mengangkat sumpah. Ada juga negara/negeri yang memulakan perakuan amanah dengan bertemankan Al-Qur'an di sisi. Sementara 'OSA' pula adalah akta Rahsia Rasmi bagi membendung kerahsiaan maklumat negara.

Amanah adalah manifestasi iman. Kita juga sedar bahawa kita telah memegang satu amanah besar. Firman Allah
“Sesungguhnya telah kami berikan amanah kepada langit, bumi dan gunung ganang, lalu mereka enggan memikulnya dan takut menerimanya, kemudian amanah itu dipikul oleh manusia….. “ Al-Ahzab: 72

Mengikut sebuah kitab, Adam a.s. telah menerima amanah besar sebagai khalifah pada waktu Asar. Dan diantara Asar hingga malam hari itu juga, Adam a s telah melanggar amanah dengan memakan buah larangan dalam syurga. Nafsu adalah penyebab tergelincirnya amanah yang Adam pikul.

Rasululah s.a.w bersabda:
“Umatku akan sentiasa berada dalam keadaan baik selama mereka tidak menjual amanah dan menggadaikan kejujuran.”

Dalam kehidupan dunia materialistik bertunjangkan sistem kapitalis, amanah boleh 'diurus niaga'. Insan yang beramanah biasanya kurang mendapat tempat dan insan yang amanah juga biasanya mudah dikambing hitamkan.

Ku tadah tangan kecil ini:
“Ya Allah peliharalah kami dari pengkhianatan manusia, tempatkanlah insan yang beramanah ditempatnya, selamatkanlah ummah dan berikanlah kami renjisan kedamaian hidup.”

No comments:

Post a Comment