MAKLUMAN

Assalamualaikum Pengunjung sekelian,

Blog ini sedang dibangunkan dan memerlukan masa untuk disusun. InsyaALLAH blog ini akan di soft-launch pada hari Jumaat 26hb November 2010. Objektif Blog ini adalah:-

1. Sebagai satu platform bagi menghubungkan MAsjid AL-Munawwarah dengan ahli kariah khususnya dan masyarakat amnya.

2. Menyediakan santapan ruhiah dan intelek dengan pengisian dalam bentuk penulisan aspek tazkirah, nota kuliah harian/mingguan masjid, zikir-zikir yang bersesuaian dan tip-tip berguna.

3. Sebagai wadah komunikasi program MAsjid dan perkembangan terkini aktiviti masjid.

4. Menyediakan medan diskusi berkaitan isu-isu semasa yang bakal memberi manfaat kepada kariah dan masyarakat.

5. Menyediakan link-link berguna bagi tujuan pembangunan masyarakat.

Kami mengalu-alukan cadangan membina dari tuan/puan. Sila salurkan cadangan ke email efarduain@gmail.com

Terima kasih.

Pengurusan Masjid

12 Zulhijjah 1431H/ 20 Nov 2010

Saturday, November 20, 2010

Program Korban 2010


Alhamdulilah program korban  Masjid Munawwarah  bagi tahun 2010 telah  dilaksanakan dengan sempurna  pada 10 Zulhijjah 1431H di perkarangan  Masjid.   Sebanyak 11 ekor lembu  dan 3 ekor Kambing telah dikorbankan pada  hari berkenaan.  Proses penyembelihan, melapah  dan  mengagihkan  daging korban  telah berjalan  lebih kurang 5 jam dan berakhir pada jam 3 petang.

Pihak Pengurusan Munawwarah  merakamkan ucapan terima kasih kepada  para peserta korban,  pegawai bertugas,  sukarelawan  dan semua yang terlibat menjayakan program  penting ini.  Moga  setiap titik peluh, kesungguhan  dan pelaburan  tuan/puan  akan  diberi ganjaran Syurga oleh ALLAH s.w.t.

1 comment:

  1. tahniah dr ridzwan dan en isa dgn usaha ini. saya doakan kebaikan dan kesihatan tuan berdua agar dapat terus berbakti kpd kariah.

    ReplyDelete