MAKLUMAN

Assalamualaikum Pengunjung sekelian,

Blog ini sedang dibangunkan dan memerlukan masa untuk disusun. InsyaALLAH blog ini akan di soft-launch pada hari Jumaat 26hb November 2010. Objektif Blog ini adalah:-

1. Sebagai satu platform bagi menghubungkan MAsjid AL-Munawwarah dengan ahli kariah khususnya dan masyarakat amnya.

2. Menyediakan santapan ruhiah dan intelek dengan pengisian dalam bentuk penulisan aspek tazkirah, nota kuliah harian/mingguan masjid, zikir-zikir yang bersesuaian dan tip-tip berguna.

3. Sebagai wadah komunikasi program MAsjid dan perkembangan terkini aktiviti masjid.

4. Menyediakan medan diskusi berkaitan isu-isu semasa yang bakal memberi manfaat kepada kariah dan masyarakat.

5. Menyediakan link-link berguna bagi tujuan pembangunan masyarakat.

Kami mengalu-alukan cadangan membina dari tuan/puan. Sila salurkan cadangan ke email efarduain@gmail.com

Terima kasih.

Pengurusan Masjid

12 Zulhijjah 1431H/ 20 Nov 2010

Friday, January 14, 2011

TAHNIAH KEPADA PENTADBIR NEGERI INI

Kali pertama berjaya melangkau paras defisit sebanyak RM19 juta
Dikirim pada Friday, January 14 @ 13:46:36 MYT oleh al_madd
Kerajaan negeri berjaya mencatat sejarah kerana berjaya melangkau paras defisit bagi tahun ini sebanyak RM19 juta yang telah dibentangkan pada Bajet 2011 pada November 2010.
Menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, kerajaan negeri telah melangkaui paras defisit bagi tahun 2011 walaupun tahun 2010 belum berakhir.
“Menjadi sejarah di Kedah apabila kita (kerajaan) telah berjaya mengumpul semua wang yang ada bagi melepasi defisit RM19 juta bagi tahun 2011, belum pun habis tahun 2010, kita lihat pada akaun, kita dah tak ada defisit, malah kita ada lebihan wang.
“Ini juga adalah hasil daripada hasil usaha kerajaan negeri yang mengawal ketat pengaliran wang keluar, belanja berhemah dan hasil cukai pendapatan.
“Awal tahun saja kita telah melangkaui defisit, jadi apa yang dirancangkan dalam Bajet 2011 dapat kita laksanakan, jika kerajaan persekutuan tak bagi pun kita boleh buat,” jelas beliau pada media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco.
Ini membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mampu memerintah bagi menyangkal dakwaan sesetengah yang mengatakan PR tidak mampu untuk mentadbir.
“Saya bagi contoh macam Skim Kafalah yang kita buat, jika pentadbiran dulu tak boleh bagi, tapi pentadbiran sekarang boleh bagi,” ujar beliau.
______________________________________________________________________________________________________
Artikal ini bukan bermakna masjid ini cenderung kepada parti politik tertentu. Cuma kami rasa teruja dengan pencapaian sedemikian. Mesaj utama yang hendak disampaikan ialah supaya semua negeri negeri lain mengambil contoh supaya  rakyat marhaen dapat merasa faedahnya. Pihak masjid sedang menunggu berita sedemikian dari negeri-negeri lain contohnya Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Trengganu, Perak dan Perlis. Sebaik sahaja mendapat berita tersebut insyaallah MASJID AL-MUNAWWARAH akan menjadi masjid pertama menghebahkan kepada seluruh ahli kariah.

MARILAH KITA TINGGATKAN TAQWA, HANYA ORANG YANG BERTAQWA SAHAJ YANG DIPANDANG TINGGI OLEH ALLAH S.W.T.

No comments:

Post a Comment