MAKLUMAN

Assalamualaikum Pengunjung sekelian,

Blog ini sedang dibangunkan dan memerlukan masa untuk disusun. InsyaALLAH blog ini akan di soft-launch pada hari Jumaat 26hb November 2010. Objektif Blog ini adalah:-

1. Sebagai satu platform bagi menghubungkan MAsjid AL-Munawwarah dengan ahli kariah khususnya dan masyarakat amnya.

2. Menyediakan santapan ruhiah dan intelek dengan pengisian dalam bentuk penulisan aspek tazkirah, nota kuliah harian/mingguan masjid, zikir-zikir yang bersesuaian dan tip-tip berguna.

3. Sebagai wadah komunikasi program MAsjid dan perkembangan terkini aktiviti masjid.

4. Menyediakan medan diskusi berkaitan isu-isu semasa yang bakal memberi manfaat kepada kariah dan masyarakat.

5. Menyediakan link-link berguna bagi tujuan pembangunan masyarakat.

Kami mengalu-alukan cadangan membina dari tuan/puan. Sila salurkan cadangan ke email efarduain@gmail.com

Terima kasih.

Pengurusan Masjid

12 Zulhijjah 1431H/ 20 Nov 2010

Saturday, January 8, 2011

TEH TARIK BERPERISA BABI

Subject: FW: TEH TARIK PERASA BABI
Salam,
Berikut adalah petikan dari email yang dikirim oleh ahli kariah masjid al-munawwarah. Kami akan juga siarkan maklumbalas dari pengeluar teh ini jika ada 'respond' dari mereka.
Terima kasih.

Biro Dakwah.
_______________________________________________________________________________
Sebar-sebarkan pada saudara umat Islam. 
                                                         TEH TARIK PERASA BABI . TEH TARIK KE NERAKA ... hati-hati.                                       Antara kandungan teh ini ialah terdapat satu bahan yang mempunyai kod: E471- yang biasanya dari lemak babi                                                                                                                                                             
Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain
                                            
(Hadis riwayat Al-Qudhi)
                                                                                                                                                    
BEWARE
                                                                                                                                                                                        
THIS PRODUCT CONTAIN EMULISIFIER-E471 (LEMAK BABI)
                                                                                              
SIAP ADE LOGO HALAL LAGI TU
                                                                                                                                            
HATI2 YER
                                                                                                                                                                                        
...

[Message clipped]  View entire message
3 attachments — Download all attachments   View all images  
pic31101.jpgpic31101.jpg
57K   View   Download  
pic24393.jpgpic24393.jpg
78K   View   Download  
pic03548.jpgpic03548.jpg
57K   View   Download  

JADUAL KULIAH MASJID AL-MUNAWWARAH - MINNGU 1 SHAFAR 1432H

JADUAL KULIAH MINGGU #1; SHAFAR 1432H.

AHAD 5 SHAFAR 1432H/9 JAN 2011

Kuliah Subuh: Ust.Jefri Isa ; Tajuk: Al-Hikam.
Kuliah Magrib : Ust. Hazrizal Hassan : Tajuk: Perubatan Islam.

ISNIN 6 SHAFAR 1432H/10 JAN 2011

Kuliah Magrib : Ust. Fauzi Asmuni : Tajuk: Aqidah

SELASA 7 SHAFAR 1432H/11 JAN 2011

Kuliah Magrib: Ust.Amir Sham. Tajuk: Mustika Hadis

RABU 8 SHAFAR 1432H/12 JAN 2011

Kuliah Magrib:  Jemputan

Monday, December 27, 2010

MENJAWAB SEGALA PERSOALAN TENTANG SOLAT

As Salam,

Ahli jemaah sekalian, kita masih lagi berada di dalam  'zone SOLAT BERKUALITI' sehingga penghujung bulan SHAFAR 1432H. Pada musim solat berkualiti ini, kita sedang dan akan  menyusun kuliah-kuliah khas yang menyingkap tentang taharah(wudu'), solat sebagaimana Nabi solat, dan insyaallah apa jua perkara yang berkaitan dengan solat.

Pada 23 Muharram 1432H( 29 Desember 2010)  iaitu hari Rabu  malam khamis yang akan datang kita telah menjemput yang berbahagia Ust Nazri Md Isa untuk menjawab segala persoalan tentang solat.

Dalam hubungan ini, kami menyeru kepada seluruh ahli jemaah sekiranya tuan/puan ada apa jua persoalan tentang solat, anda bolih majukan soalan-soalan tersebut kepada AJK Dakwah secara:

a.  Secara SMS ke talian 013-2229957
b.  Secara email ke alamat email: efarduain@gmail.com.; atau
c.  Secara bertulis. Anda bolih serahkan segala pertanyaan secara bertulis kepada mana-mana pegawai masjid.


Bagi memudahkan kami menyelaraskan soalan-soalan tersebut, tarikh akhir untuk tuan/puan majukan soalan-soalan tersebut ialah pada Hari Rabu , 23 Muharram 1432H sebelum solat Asar. Walaubagaimanapun tuan/puan bolih juga mengajukan terus  kepada Ust yang berkenaan semasa kuliah tersebut.

Insyaallah pada bulan Safar nanti akan disusun 2 kuliah mengenai FIQH JUMAAT. Kuliah ini akan mengungkap amalan-amalan yang sesuai dan sunnah diamalkan pada hari Jumaat. Juga perkara yang berkaitan dengan solat-solat samada solat Jumaat mahupun solat-solat sunat pada hari jumaat akan dikupas. Tuan/puan juga sudah pasti ingin tahu apakah amalan-amalan sunnah yang harus dilakukan pada hari Jumaat.

Jadi, sentiasalah bersama dengan program-program masjid yang kita rangka hampir setiap hari. Mudah2an Allah permudahkan urusan harian kita. Rahmat Nya jua kita pohonkan.


Wallah-u'alam

Friday, December 24, 2010

Hijrah Saad Ibn Waqas

Artikel ini adalah sumbangan Dr Ridzwan Bakar dipetik dari blog Haji muda http://ridzwan-bakar.blogspot.com

Guangzhou #3 

Kita sepatutnya bersyukur kepada ALLAH kerana  menerima Islam dengan mudah.  Oleh kerana mudah, tidak ramai kita yang mampu menghargainya.

Hijrah Saad Ibn Waqas seharusnya menjemput isi hati kita untuk menilai betapa tingginya nilai Islam. Kisah Saad Ibn Waqas tidak banyak di bukukan.  Di sekolah, silibus juga tidak mengajar  betapa hebatnya 10 manusia yang dijanjikan Syurga oleh ALLAH.  Hijrah Saad  bukanlah mudah.  Ianya mengundang emosi  betapa sukarnya seseorang untuk berhijrah dan memeluk Islam. Bersandarkan sirah, Saad adalah pakcik kepada Rasululah s.a.w.  dari keturunan sebelah ibu Baginda Aminah dari Bani Zuhrah.  Ada riwayat mengatakan beliau menerima Islam ketika usia 17 tahun dan riwayat lain menyebut usia 20 tahun. Hakikatnya, beliau antara senarai 10 terawal memeluk Islam atas keinginan diri sendiri. 

Kisah hijrah Saad bermula bila beliau bermimpi berjalan di dalam lorong kegelapan. Beliau tidak Nampak arah hendak dituju. Tiba-tiba bulan muncul di celah lorong. Lantas beliau menyusuri cahaya tersebut dan berjumpa dengan sumbar cahaya bulan.  Beliau melihat beberapa orang Quraish berada di situ antaranya Zaid Ibn Harithah, Ali Ibn Talib dan Abu Bakar As-Siddiq. Beliau bertanya “Berapa lama anda semua berada di sini.” Mereka menjawab “Baru sebentar sahaja.”
Keesokkan harinya,  beliau mengetahui bahawa nabi Muhammad s.a.w mengajak kepada Islam dengan cara tersembunyi.  Beliau segera mendapatkan Rasululah s.a.w  selepas Rasul s.a.w  selesai solat Asar.  Beliau terus mengucapkan shahadah di hadapan  tiga insane yang beliau temui semasa mimpi.

Ujian buat  Saad bermula bila mendapat tentangan keras terutama dari ibu, keluarga dan sukunya. Ibunya pula  mengancam untuk membunuh diri. Selama beberapa hari, ibu Saad menolak makan dan minum sehingga kurus dan lemah. Meski dipujuk dan dibawakan makanan, namun ibunya tetap menolak dan hanya bersedia makan jika Saad kembali ke agama lamanya. Namun Saad berkata bahawa biarpun dia memiliki kecintaan yang sangat tinggi  kepada ibunya, namun kecintaannya pada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w jauh lebih besar.

Beliau berkata kepada ibu: “Ibu! Sesungguhnya aku sangat mencintai ibu. Tetapi aku lebih cinta kepada Allah dan Rasul.   Demi Allah! Seandainya ibu memiliki seribu jiwa, lalu jiwa itu keluar dari tubuh ibu satu per satu (untuk memaksaku keluar dari Islam) sungguh aku tidak   akan  meninggalkan agamaku kerananya.”

Tatkala ibu Saad  melihat  Saad  bersungguh-sungguh dengan ucapannya, dia pun mengalah. Lalu dia menghentikan mogok makan sekalipun dengan perasaan terpaksa.

Maha Suci ALLAH….

Jiwa HEBAT Saad Ibn Waqas kemudiannya disokong oleh AL-Qur’an dengan wahyu disampaikan kepada Rasululah s.a.w

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Akulah tempat kembalimu.  Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”                (QS. Luqman : 14-15)

Kisah Hijrah Saad boleh diaplikasikan jika kita mempunyai  prospek  bukan muslim yang mahu  menerima Islam.  Dengan lain perkataan,   memasuki Islam  tidak bererti  ibubapa dipinggir,  adat dan budaya ditinggalkan,  bahasa  ibunda dilupa  dan  ikatan kekeluargaan tercicir.

Islam adalah agama fitrah yang diturunkan untuk sekelian alam.   Kita semaklah diri kita  apakah  sambutan rutin  tahunan  Hijrah  memberi  impak kepada komitmen kita kepada Ad-Din Islam?   Jika YA, ALhamdulilah.  JIka TIDAK,  mengapa jadi begitu..?